Wednesday, June 1, 2016
Tuesday, May 31, 2016
Friday, May 6, 2016
'Tapi'
Arah hati untuk menuju sesuatu masih keliru. Di setiap pintu yang dibuka ada arahnya tapi dalam acara yang lain. Apa yang boleh dilakukan hanyalah 'bedal'. Kita memilih dan memikir. Tapi adakah arah yang dipilih adalah benar? Jalan penyelesaian tunding pada diri sendiri. Banyak nama-nama 'tapi' yang terkeluar dari pemikiran.
Apakah yang penting? Mesti tahu mana busuk, mana wangi. Mana keras, mana lembut.
'Tapi' berhentilah kau merasuk!berhenti merasuk!
Apakah yang penting? Mesti tahu mana busuk, mana wangi. Mana keras, mana lembut.
'Tapi' berhentilah kau merasuk!berhenti merasuk!
Friday, February 19, 2016
Makin liar!
Semakin liar mereka itu,
tapi apa mereka kesah!
wang mereka kesah,
cash is king bagi mereka.
Makin hari kebencian dihati,
ditampal dengan kuat,
makin meluat dihati,
benci!
bodoh hanya pada mereka,
tapi kami hanya boleh berbisu.
Mereka makin liar,
liar dengan undang-undang,
liar dengan wang,
liar dengan pemikiran mereka,
makin liar!
tapi apa mereka kesah!
wang mereka kesah,
cash is king bagi mereka.
Makin hari kebencian dihati,
ditampal dengan kuat,
makin meluat dihati,
benci!
bodoh hanya pada mereka,
tapi kami hanya boleh berbisu.
Mereka makin liar,
liar dengan undang-undang,
liar dengan wang,
liar dengan pemikiran mereka,
makin liar!
Wednesday, January 6, 2016
Syukur
Pada pagi hari ini aku rasa syukur.
Syukur,
cuaca amat baik pagi ini.
Syukur,
rezeki makanku tersedia,
Syukur,
masih mampu untuk mencari rezeki.
Syukur,
hati ini tidak bersabar untuk berjumpa mamaku.
Syukur,
Isteriku yang sentiasa memberi senyuman semasa terjaga dari tidur.
Syukur,
Subuhku tak terlajak.
Syukur,
Komputerku bermain lagu yang terbaik buat hari ini, "I wish you love".
Syukur,
aktiviti pagi aku menyidai baju.
Syukur,
Masih mengingat Allah yang maha Esa.
Terima kasih Allah.

Wednesday, November 25, 2015
N
Perasaan aku sekarang hanya sekata,
tapi pabila nyaringan pemberita menyebut N,
perasaan aku jadi neraka.
Bila N mahu menjadi Nokhtah!
tapi pabila nyaringan pemberita menyebut N,
perasaan aku jadi neraka.
Bila N mahu menjadi Nokhtah!
Sunday, November 8, 2015
Saturday, November 7, 2015
Aku percaya
Aku percaya usaha ini tidak sia-sia,
aku percaya yang hitam dikeliling aku tidak aku peduli,
cuma mereka tidak percaya,
aku percaya ia tidak mematahkan semangat aku,
aku percaya jiwa itu tidak ragu,
cuma mereka tidak percaya,
kadang kala hujan panas ribut datang,
aku percaya itu ujian,
selagi aku hidup akan aku usaha,
hanya yang hitam itu yang mensia-siakan hidup mereka.
Ini belum penghujung buat aku,
ini bukan satu penghujung buat aku.

Friday, October 16, 2015
Semakin hari semakin berat
Semakin hari semakin berat,
berat badan,
berat kepala,
berat makan,
berat poket,
berat kerajaan bunuh rakyatnya sendiri,
berat sibebal kepala para menteri,
Opss!! maaf lari topik.
Semakin hari semakin berat,
lihat jari saja sudah berat untuk menghasil nukilan,
lihat kaki saja sudah berat untuk melangkah,ha
lihat perut saja sudah berat lemak,
lihat beg duit saja berat nak keluarkan,
lihat muka si bebal rambut putih saja berat tangan aku nak hendak kepalanya,
Opss! maaf kejar balik topik.
Semakin hari semakin berat,
semuanya sekarang jadi berat.

Saturday, September 26, 2015
Poket pintu
Ada satu pintu yang harus aku cari.
Akan tetapi susah untuk dibukanya.
Tapi tidak penah mengalah untuk membukanya.
Payah.
Aku mesti pergi ke satu pintu ini.
Akan tetapi susah untuk dibukanya.
Tapi tidak penah mengalah untuk membukanya.
Payah.
Aku mesti pergi ke satu pintu ini.
Monday, September 21, 2015
Thursday, September 17, 2015
Kita boleh hidup bersama
Sebaik baik manusia dia tahu apa yang patut kita lakukan antara sesama manusia tidak kira warna kulit, berlainan bangsa, berlainan agama. Hanya yang kolot mahukan mereka sendiri sendangkan tuhan mencipta semuanya.
Dengan ukelele yang off tune, aku fikir sejenak. Aku bukan yang memilih untuk dilahirkan,begini dengan bangsa begini, dengan warna kulit begini, dengan berbahasa begini.
Tuhan yang menjadikan kita berlainan. Bersama kita berkongsi.

Friday, September 11, 2015
Barua!
Barua.
Itu saja yang boleh untuk dispifikasi.
Ianya antara perasaan yang memang terpendam.
Barua.
Barua.
Barua dia itu,
Barua dia ini.
Maaf memang kasar.
Tapi bila dibilang pada kemarahannya menjadikan perkataan barua itu enak.
Barua korupsi,
barua pendokong korupsi,
segala barua mahukan kekayaan,
segala barua mahukan pangkat,
segala barua mahukan populariti,
segala barua penjilat,
segala barua menadah tahi ke muka.
Barua!
Bukan beruang!
Barua yang aku katakan.
Mungkin ada yang masih menyayangi barua.
Mereka sama tergolong juga.
Opocot!
Barua!
Mungkin ada terasa.
Aku tak boleh buat apa.
Sebab barua tetap barua..
Tahi!

Wednesday, September 2, 2015
Derma bosan
Aku rasa aku rasa bosan,
bosan rasa pada aku,
tapi aku bosan pada rasa,
rasa pula bosan dengan aku,
kalau bosan, rasa dan aku macam itu,
ada apa yang aku rasa rasa.
Bak orang kata bosan tahap gaban.
Aku minta orang bagi akaun diri untuk aku derma bosan aku pada orang tak rasa dia bosan.
Lepas ini aku dah tak perlu rasa bosan.

Subscribe to:
Posts (Atom)