Sunday, February 2, 2014

Saban hari, bulan dan tahun.

Aku lihat saban hari,
saban bulan,
saban tahun,
semakin kucar kacir,
angkara penyangak,
isi perut hujung tanduk,
isi poket tampal bocor,
kerana kau kami dapat susah.

Thursday, January 30, 2014

Minilicious Bridal : Dekorasi pelamin

Memerlukan perkhidmatan pelamin untuk bernikah, bertunang atau bersanding hubungi kami dengan segera seperti yang di jelaskan pada gambar di atas.

Sila ke facebook kami untuk melihat pelbagai dekorasi yang kami ada dan 'like' page kami di facebook.

Facebook : Minilicious Bridal

Sunday, January 19, 2014

Taubat manusia


Menadah tangan setinggi tingginya,
menitis air mata memohonNya,
dosa hapus cuba meminta,
malu tebal merayu untuk diterima,
aku hanya hamba manusia,
hanya gah saja di dunia,
tapi tidak gah disyurga,
cuba berubah bukan hanya pada kata,
tapi laku untuk elak neraka,
setinggi tinggi untuk berusaha.

Masa didunia bukan lama,
mungkin esok,
lusa sana hanya dimilikiNya,
kita mati tak kenal usia,
mungkin tua atau muda.

Ya Allah tuhan maha kuasa,
di sini hamba malu berkata,
dosa banyak tak terkata,
hanya Engkau sahaja tahu taubat manusia.

Tuesday, January 14, 2014

Maulidur Rasul 1435

Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w,mengingati perjuangan untuk menegakkan Islam dan amalkan setiap sunnah yang diamalkan. Sentiasa berselawat setiap detik saat, tidak kira tempat dan waktu dan amalkan setiap hari. In Sha Allah.

Thursday, December 5, 2013

Kesal.

Sujudku,
sujudku dengan perasaan malu,
dosa ku menebal berbuku-buku,
bau syurga terasa berbatu,
aku mahu dekat padaMu yang satu.

Wednesday, December 4, 2013

Beberapa saat lagi mungkin hilang

"Badan sihat dari demam, segar badan. Alhamdulillah."

Jam 7.45 pagi hari ahad, kebiasaannya aku memandu ketempat kolam renang untuk mengajar pada jam 8.00 pagi. Ketika itu hati aku riang kerana sihat dari demam. Sampai sahaja di kolam renang Kuala Lumpur, melihat anak murid aku sudah tidak sabar menanti ketibaan aku.

"Coach! kenapa lambat?lama kami tunggu. Dah 8.15 dah ni"

"Maafkan cikgu, cikgu naik kereta lembu, jet rosak kat rumah. Pergi masuk kolam dulu. Nanti cikgu datang. Nak salin baju dulu."

"Yelaaa...baik coach!"

Aku mencapai segala papan pelampung dan pergi ke tebing kolam.

"Guys! kita berenang dekat 2 meter punya kolam!"

"Yeayy!"

Ada 5 orang pelajar aku yang pandai berenang. Tiba-tiba ada ibu menyapa aku dari belakang.

"Coach! minta maaf yer kami lama tak datang kelas. Ini anak kami."

Dalam hati aku tidak mahu masuk ke dalam air yang sejuk ini dan hanya sekadar melihat pelajar aku berenang. Pelajar yang jarang datang ke kelas, semuanya sudah lupa untuk cara berenang walaupun dengan memegang papan pelampung itu. Aku tetap teruskan dan masuk ke dalam air.

"Ok sekarang coach nak berenang breast strock pergi dan patah balik 1 lap sahaja!"

"Baik coach!"

Pelajar yang masih tidak tahu untuk berenang aku tetap mengajar sambil menunggu pelajar yang sedang berenang ke seberang. Aku sentiasa berjaga-jaga dan mengawasi mereka walaupun mereka sudah tahu untuk renang. Sedang aku mengajar pelajar yang tidak tahu renang.

"Amsyar!jangan kacau adik berenang!"

"Yelaaa.."

Tiba-tiba kedengaran suara meminta tolong. Dua orang pelajar aku sedang bergelut untuk bernafas. Mereka lemas. Aku menolak pelajar aku yang tidak tahu renang ke tepi. Tanpa fikir apa-apa aku berenang ke arah mereka dan cuba menarik mereka ke tepi kolam. Sedang aku menarik mereka, ada lagi seorang pelajar yang lemas. Aku tidak tahu bagaimana dia boleh datang ke arah aku dan lemas dengan sendiri. Aku cuba untuk menarik mereka bertiga, tetapi berat. Mereka sudah berumur 7 tahun, 9 tahun dan 13 tahun. Mereka cuba bergelut untuk bernafas tetapi mereka menolak aku ke dalam air dan mereka bertiga memijak bahu sambil menarik rambut aku. Mereka meronta-ronta untuk bernafas. Aku cuba untuk naik ke permukaan tetapi mereka masih memijak bahu dan menarik rambut. Aku hanya menelan air sehingga ada dua orang coach telah melihat aku yang cuba untuk bernafas dan menyelamat mereka bertiga.

"Tolong coach! tolong"

Aku masih lagi di dalam air. Sudah seminit aku menahan. Hanya satu minit lagi aku tidak dapat bertahan. Di dalam hati aku berkata.

"Biarlah mereka selamat dan aku rela pergi untuk menyelamatkan mereka (dan mengucap)"

Pada mulanya sahabat aku bernama KK lompat ke dalam kolam dan menarik pelajar yang berumur 13 tahun itu. KK cuba menarik. Pelajar dua orang ini telah menarik baju antara satu sama lain. Sahabat yang bernama hisham pula telah turun dan meleraikan tangan mereka dari tarik menarik. KK telah selamatkan pelajar 13 tahun itu. Setelah KK dapat menarik pelajar 13 tahun itu, aku berasa lega dan terus ke permukaan untuk bernafas. Hisham menarik pelajar 9 tahun itu dan aku menarik pelajar 7 tahun itu. Aku berasa lega dapat bernafas.

Mereka semua selamat dan minum air yang banyak. Ibubapa mereka berterima kasih pada kami. Perut aku kembung dan terlalu banyak minum air. Paru-paru aku rasa sejuk dengan air dan aku terus diberikan oksigen. Tubuh aku lemah. Mungkin beberapa saat lagi aku tiada jika aku tidak bernafas.

"Alhamdulillah semuanya selamat."

Tuesday, November 19, 2013

Paranormal aktiviti

Mungkin seluruh malaysia sedang kecoh tentang hantu culik manusia. Masalah manusia sendiri yang hantu. Aku ada cara sendiri mencari hantu. Tidak perlu takut dan gusar akan keseraman itu. Tidak perlu ke tempat yang gelap, tempat yang tinggalan, atau lain-lain yang angker.

Pergi ke tandas, lihat pada cermin. Siapa hantu dicermin? Lihat pada wajah itu.



Sunday, November 17, 2013

Molekul keji

Sejuk memelukku dengan erat,
tubuh nipis terjerat,
untuk melepaskan erat yang dierat,
letih untuk bolos,
sekeliling hanya molekul,
yang cuba untuk bergabung,
ada yang jauh,
ada yang dekat,
silap mereka,
ia benar?
silap mereka,
silap mereka juga,
masih mahu melihat?
tak guna kerana kotor.

Monday, November 11, 2013

Engaged!










Alhamdulillah.. Engaged! Doakan kami yang terbaik. Amin.

Monday, November 4, 2013

Salam Ma'al Hijrah


Mungkin pada masa hadapan walau sesaat kita diambil roh kita kepadaNya. Mengharap penghijrahan iman yang lebih baik, penghijrahan segalanya  yang aku cuba untuk capai.

Wednesday, October 30, 2013

Thursday, October 24, 2013

Menembak

"ok sikit lagi"

"mana sasaran?"

"depan kau ni."

"sekejap menarik picunya"

"cepat sikit"

"fuuuhhhh...lega."

"syok dan lega kan."

Tuesday, October 22, 2013

Apa cita-cita kamu?

Mungkin orang fikir aku sudah berjaya, tapi tidak disebaliknya. Aku belum lagi berjaya. Bila orang tanya masa masih kecil di zaman hingusan "apa cita-cita kamu?".

kawan menjawab

"saya mahu menjadi doktor."

"saya mahu menjadi lawyer."

"saya mahu menjadi angkasawan."

tapi aku pada mulanya mahu menjadi angkasawan pada sekolah memakai seluar biru. Mahu menjadi rockstar pada sekolah memakai seluar hijau. Mahu menjadi arkitek pada peringkat yang bebas tanpa ikatan iaitu universiti. Dan bila tamat belajar, itu semua bukan cita-cita yang aku mencari sebenar. Ada sebaliknya. Sebab itu semua bukan satu kejayaan. Aku sudah memahami apa cita-cita yang aku harus cari.

Apa cita-cita kamu?

Friday, October 11, 2013

Happy Birthday Nur Zalikha


Wanita bernama Nur Zalikha yang meningkat umurnya yang sentiasa melekat dihati aku. Selamat hari lahir.

Tuesday, September 17, 2013

Genggam eratkan tangan melaung!

Bersungguh-sungguh melawan,
sungguh!
lawan!
untuk kita dan kamu semua.

Thursday, September 12, 2013

"Ya Allah!"

Melutut aku ke lantai. Tekanan yang dirasakan makin membebankan. Ditekan dan menekan lagi. Duduk aku di atas motor motard aku, dan lihat sekeliling aku. Bagaimana mereka hidup? Apa perasaan mereka? aku patut bersyukur. Lihat senyuman kanak-kanak riang berjalan dan berlari ke sana ke sini dengan tanpa ada perasaan tekanan. Lihat nenek tua sedang duduk membaring di kerusi malas tanpa rasa tekanan.

Aku mendongak ke langit. Aku lihat langit bergerak laju dengan meniup angin tanpa halangan.

"Ya Allah!"

Sunday, September 8, 2013

0106

0106. Coldplay fix you membuatkan aku mengelamun.

Kau tahu? apa yang bermain dalam fikiran aku waktu ini?

Mati dan akhirat. Nokhtah.

Monday, September 2, 2013

Mimpi : Aku, kakakbro dan perompak

  Pada malam hari jumaat malam, kelihatan tiada bulan yang menerangi bumi ini. Mahu lihat bintang berkelipan pun tiada bintang yang muncul. Aku sedang menonton drama yang tiada makna dan motif apa yang hendak diceritakan. Bila mahu maju indutri kita. Setiap 5 minit aku menukar siaran dan siaran akhir yang aku menonton adalah national geography. Penguin merentasi dikawasan gurun. Pelik penguin tahan dikawasan yang terik, dipadang pasir. Menggelunsur di pasir, berguling-guling dan berjalan. Aku berhenti menonton.

  Aku bosan. Tiada jemputan dan ajakan untuk melepak membuang masa. Aku mencapai telefon bimbit aku di atas meja.

"Hello sayang."
"Hello."
"Tengah buat apa?"
"Tak ada buat apa-apa."
"Jom keluar, jalan-jalan cari makan. Lapar. Perut berdangdut inul dah."
"Ok jom. i bersiap dulu."
"Ok!."

  Aku bangun dari sofa dan terus mencapai kunci kereta.

  Sedang dalam perjalanan, tekak terasa dahaga seperti penguin di tengah padang pasir yang dahagakan dataran ais. Aku singgah sebentar 7elevan. Jejak sahaja kaki aku ditanah, hati terasa tidak senang. Jantung berdegup laju seperti kereta lumba mengejar nombor 1. Aku masuk sahaja kedai itu lihat awek comel dikaunter bayaran. Dia hanya senyum.

"Berapa?"
"Semua rm5.00"
"Tak takut ke jaga kedai sorang-sorang malam macam ni."
"Takut gak abang, tapi dah kena kerja nak buat macam mana.Ini baki nya rm5.00"
"Terima kasih. Kerja baik-baik."
"Sama-sama abang. Jalan elok-elok."

  Keluar sahaja dari kedai, semua kedai dikawasan itu gelap gelita tanpa cahaya lampu. Aku berjalan menuju ke kereta.

  Tiba-tiba aku terasa ada orang meminta tolong. Aku menoleh kebelakang aku lihat seorang wanita seksi menjerit-jerit minta tolong.

"Kau ni kakbro rupanya, dari jauh tengok macam wanita."
"Tolong abang, perompak tu merompak dan mencabul aku"

  Ada juga manusia binatang nak buat macam ini. Aku lihat perompak itu tidak melarikan diri. Dia berjalan sahaja di kaki lima dan hendak menuju ke arah aku. Aku pun bergegas untuk masuk ke kereta. Perompak itu hitam,dan hitam sangat, susah untuk aku jelas kan. Aku masuk kedalam kereta dan perompak itu sempat membuka pintu kereta aku dan masuk kedalam. Dia teriak pada kakakbro itu untuk masuk kedalam kereta sambil mencucuh pistol di kepala kakak bro itu.

"Bagi duit atau aku paksa kakakbro ni rogol kau!"
"Sialan!"

  Aku cuba untuk mencapai batang besi kunci dan cuba untuk menghentak dikepala. Perompak itu terkejut kerana aku secara tiba-tiba mengeluarkan batang itu dan dia tertembak kakakbro itu. Dia sempat mengelak dan aku ditembak.

  Aku tersedar dan memikir kenapa kakakbro dan perompak?