Thursday, August 15, 2013

Azan's Crew


Menyanyi riang daripada Azan's crew.  

By : A.P.Y GRAPHIX

Monday, August 5, 2013

Si hitam & si putih

  

Aku si hitam,
engkau si putih,
walau berbeza,
itu pelangi hati jika disatukan,
aku bersedia untuk kau, 
menunggu hari,
hari ditunggu,
untuk kau menjadi peneman seumur hidup aku selamanya,

Sunday, August 4, 2013

ramadhan hampir pergi

Wahai ramadhan,
cepat masa engkau berlalu,
aku rasa sayu,
hampir kehilangan engkau,
bila tiba akhir ramadhan,
sedih,
tapi hati mengucap,
alhamdulillah.

Saturday, August 3, 2013

Nogen Cloth.

Layarilah di www.nogencloth.com atau di tetapan sosial anda seperti di Facebook , twitter , youtube , atau di instagram dan hanya menaip nogencloth. Terima kasih.

Wednesday, July 17, 2013

10Julai

10 Julai. Setiap tahun tarikh yang sama dan alhamdulillah aku masih di sini. Tapi tiap tahun berlainan hari. Itu adalah moment aku berada aku di bumi ini dan mempergerakan roh ku ini.

10Julai. Semakin hari semakin meningkat usia roh di dalam tubuh ini.

10Julai. Aku ada tarikh aku sendiri. Engkau, kamu, mereka, dan semua ada tarikh sendiri.

10Julai. Pemikiran menjadi pengantaran dengan perbuatan kita dan ia menjadi semakin rasional.

Semua pemberian dari Nya. Alhamdulillah.

Monday, July 8, 2013

Ramadhan

Tidak sabar,
berkobar-kobar,
hari mulia,
hari yang istimewa,
tidak sabar,
selamat kembali,
salam kembali,
Ramadhan.

Saturday, June 29, 2013

Tenang

Meletak diri bersama hijau,
aman,
tenang.

Meletak diri pada biru,
lihat ada kehidupan yang berbeza,
tenang.

Tapi kedua-duanya mahu pupus,
mahu di telan,
semua mata angka angkara,
untung saja.

Tiada hijau dan biru,
tiada tenang,
tiada hidup,
kita mati.

Thursday, June 27, 2013

Rutin?

Aku mempersiapkan sepatu dan pakaian pada awal pagi ini dengan hati yang sama setiap hari. Mungkin aku sudah bosan berjumpa dengan boss aku yang sentiasa kalut. Adakah hingga ke tua hanya rutin yang sama aku sediakan?bekerja hingga petang, pulang dari kerja, baring dan tidur. Benda yang sama keesokan harinya.

Sunday, June 9, 2013

25

25.
Hidup ini pendek,
engkau berapa lama hidup sudah?
esok mungkin tiada,
tulat mungkin tiada,
mungkin dalam masa saat yang terdekat.

Engkau masih asyik,
itu yang buat tak perasan,
kembalilah hidup wahai engkau,
Tiada lagi masa.


Monday, June 3, 2013

Hari

Di hari minggu. Sentiasa menjadi duyung yang terlatih dan melatih. Itu rutin hujung minggu.

Di hari hari. Sentiasa menjadi mesin yang sentiasa bergerak dengan idea yang jitu. Tapi masih belum tahap yang memberangsangkan.

Akan datang hari yang tiada hari.

Friday, May 31, 2013

Masih lagi dia menunggu

Sabar dia menunggu,
pelbagai halangan yang cuba untuk membahagiakan kami,
semua cerita disetiap hidup,
takkan semuanya gembira,
masih lagi dia sabar menunggu,

Syukur.

Syukur.

AdaNya aku bersyukur,
ada dia masih ada disisiku.

Masih lagi dia menunggu.

Thursday, May 23, 2013

Nogen Cloth : Bazaar Ohh Bazaar


You're not alone,come & join us. Stock clearance sale!


NOGEN CLOTH at Bazaar ohh Bazaar 25th May 2013.
Venue : NZ Wangsa Maju

Sunday, May 19, 2013

"You fikir sendiri"

" You sudah siap kerja yang i bagi?"

"Mana lah boleh siap, sekurang-kurangnya bagilah dateline yang profesional sikit"

"Boleh you cakap macam tu pada i?"

"You ada otak fikir..that's why ramai lari kerja dengan you. You fikir diri you sikit."

Keadaan senyap sebentar tanpa kata apa-apa dan aku hanya meneruskan menekan papan kekunci aku. Dan dia hanya melihat aku bekerja.

"You jangan kecil hati lah. Ramai nanti tak suka kerja dengan i."

"Itu you fikir sendiri kenapa ramai tak suka kerja dengan you. You umpama bawa masuk air satu tangki, tapi you mahu guna kepala paip macam kepala paip bomba. You fikir sendiri."

Wednesday, May 15, 2013

Adakah mereka memang selesa seperti itu?

Berlari di tepi pantai. Air nya jernih, kelihatan segala ikan berenang-renang bebas. Aku dapat rasakan bagaimana perasaan ikan yang berenang itu hidup dengan air yang jernih tanpa kotoran dan sentiasa bersih. Tapi manusia seperti tiada perasaan.

Mana perasaan itu?

Adakah mereka memang selesa seperti itu? bukan luaran tapi dalaman. Bukan dari segi fizikal tapi rohani juga. Mungkin mereka gilakan dunia ini. Mungkin juga mereka mahu seperti tuhan. Tapi tuhan masih berkuasa.