Monday, June 24, 2013

Sunday, June 9, 2013

25

25.
Hidup ini pendek,
engkau berapa lama hidup sudah?
esok mungkin tiada,
tulat mungkin tiada,
mungkin dalam masa saat yang terdekat.

Engkau masih asyik,
itu yang buat tak perasan,
kembalilah hidup wahai engkau,
Tiada lagi masa.


Monday, June 3, 2013

Hari

Di hari minggu. Sentiasa menjadi duyung yang terlatih dan melatih. Itu rutin hujung minggu.

Di hari hari. Sentiasa menjadi mesin yang sentiasa bergerak dengan idea yang jitu. Tapi masih belum tahap yang memberangsangkan.

Akan datang hari yang tiada hari.

Friday, May 31, 2013

Masih lagi dia menunggu

Sabar dia menunggu,
pelbagai halangan yang cuba untuk membahagiakan kami,
semua cerita disetiap hidup,
takkan semuanya gembira,
masih lagi dia sabar menunggu,

Syukur.

Syukur.

AdaNya aku bersyukur,
ada dia masih ada disisiku.

Masih lagi dia menunggu.

Thursday, May 23, 2013

Nogen Cloth : Bazaar Ohh Bazaar


You're not alone,come & join us. Stock clearance sale!


NOGEN CLOTH at Bazaar ohh Bazaar 25th May 2013.
Venue : NZ Wangsa Maju

Sunday, May 19, 2013

"You fikir sendiri"

" You sudah siap kerja yang i bagi?"

"Mana lah boleh siap, sekurang-kurangnya bagilah dateline yang profesional sikit"

"Boleh you cakap macam tu pada i?"

"You ada otak fikir..that's why ramai lari kerja dengan you. You fikir diri you sikit."

Keadaan senyap sebentar tanpa kata apa-apa dan aku hanya meneruskan menekan papan kekunci aku. Dan dia hanya melihat aku bekerja.

"You jangan kecil hati lah. Ramai nanti tak suka kerja dengan i."

"Itu you fikir sendiri kenapa ramai tak suka kerja dengan you. You umpama bawa masuk air satu tangki, tapi you mahu guna kepala paip macam kepala paip bomba. You fikir sendiri."

Wednesday, May 15, 2013

Adakah mereka memang selesa seperti itu?

Berlari di tepi pantai. Air nya jernih, kelihatan segala ikan berenang-renang bebas. Aku dapat rasakan bagaimana perasaan ikan yang berenang itu hidup dengan air yang jernih tanpa kotoran dan sentiasa bersih. Tapi manusia seperti tiada perasaan.

Mana perasaan itu?

Adakah mereka memang selesa seperti itu? bukan luaran tapi dalaman. Bukan dari segi fizikal tapi rohani juga. Mungkin mereka gilakan dunia ini. Mungkin juga mereka mahu seperti tuhan. Tapi tuhan masih berkuasa.

Wednesday, May 8, 2013

Ada baik tapi disangsikan,ada jahat tapi dibaikkan.

Ultraman cuba untuk bersikap baik, tapi tiada siapa yang percaya. Raksasa yang jahat bersikap baik, ada yang orang yang hendak percaya. Mui pula terpinga-pinga dan keliru mana yang benar dan mana yang salah. Ada betulnya kata-kata ultraman, perbincangan ultraman, kelantangan ultraman, tapi Mui kena fikirkan dahulu. Bila raksasa memberikan kata-katanya, ramai yang mudah percaya, tapi disebaliknya ada undang disebalik batu.

Sekarang Mui penentu segalanya. Fikir dan fikir dan fikir dan fikir. Kata putus dari Mui, biar mereka yang percaya pada Mui.

Monday, May 6, 2013

Tubuh menari

Menari....

Menari...

Menari sehingga puas. Melentikkan tubuh, memusingkan tubuh dengan gerakan O. Seperti ada yang mengawalnya. Jika tiba masanya hilang tubuh yang tidak berganti, engkau akan menari sahaja di hati. Tiada lentikan tubuh, tiada memusingkan tubuh dengan gerakan O. Pada masa itu keseronokan engkau selama ini hilang dan lesap begitu sahaja.

Saturday, May 4, 2013

PRU 13

PRU 13 : Tunaikan tanggung jawab anda sebagai rakyat Malaysia! 

Expose yourself to your deepest fear; after that, fear has no power, and the fear of freedom shrinks and vanishes. You are free. - Jim Morrison -

Wednesday, May 1, 2013

1 May 2013




 Tahun ini pertama kali menyambut hari pekerja. Tapi hidup ini perlukah menghabiskan masa dengan kerja sahaja?

"Choose a job you love, and you will never have to work a day in your life"

Monday, April 22, 2013

Ikatan yang akan.

Aku mahu ikat dan gari bersama dia selamanya.

Sudah tiba masanya.

Tuesday, April 16, 2013

Tepuk amai-amai

Tepuk amai-amai,
belalang kupu-kupu,
tak kira siapa pandai,
nanti semua dapat susu.

Tepuk amai-amai,
gajah bersama kupu-kupu,
tepuk beramai-ramai,
tepuk sampai mati kutu.

Tepuk amai-amai,
apa lagi yang bersama kupu-kupu,
jawab sampai pandai,
nanti tarik balik nak bagi susu.

Tepuk tampar amai-amai,
nak apa lagi dengan kupu-kupu,
tak perlu jawab siapa pandai atau pandai-pandai,
senyap! mari sini nak sangat menyusu.

Monday, April 8, 2013

Haram!

"Sokong pemimpin ini! Dia ini memang bagus akan nampak masa depan negara kita!"

"Tidak boleh sebab partinya haram"

"Sokong parti ini! Parti ini memang bagus akan nampak masa depan negara kita!"

"Tidak boleh sebab pemimpinnya haram"

"Habis mana satu yang tak haram?"

"Kita yang tidak haram sebab mencaci dan menfitnah."

"Huuhhh?"


Monday, April 1, 2013

Mengejar masa

Berlari mengejar detik masa,
tapi tidak akan cukup untuk mengejarnya,
suatu saat nanti,
ada masa yang akan menghakimi kita,
harus sampai sini,
cuba untuk memuaskan masa yang ada.

Kekerapan ku hanya di kantor yang mengejar masa,
tidak akan penah nampak bila mahu diakhiri.

Thursday, March 28, 2013

Babi babi babi babi

" Engkau memang makan babi, bawa aku tempat babi, lepak berbincang sekeliling penggemar babi, kau hulur aku makanan babi...ingat aku ni makan babi. Engkau memang babi!"

Monday, March 11, 2013

Karakter hitam putih

Di atas pentas,
yang berlatarkan sekitar durjana,
berwatak kan hitam dan putih.

Yang hitamnya dengan karakternya,
yang putih juga dengan karakternya,
tapi masih boleh untuk bezakan,
tapi aku terperangkap dengan permainan manusia hitam dan putih,
kenapa masih begini?
terpekik,
bertempik,
dengan skrip mereka tersendiri.

Cukup lah!
cukup lah!
cukup lah wahai karakter tersebut!

Friday, March 1, 2013

Dahulu dan sekarang

"apa beza dahulu dan sekarang?"

"zaman dahulu, satu bila ditambah satu menjadi dua"

"kalau zaman sekarang pula?"

"zaman sekarang antara satu ditambahkan satu jadi tiga atau selebih nya, boleh juga jadi negatif hingga selebihnya."