"Oppss!!minta maaf! aku lupa apa yang aku mimpi tadi" bangun sambil merasa seluar yang basah.
Saturday, July 16, 2011
Friday, July 15, 2011
Kenajisan
Disiram layu,
dicincang tak putus.
Bukan sebab kucar-kacir,
untuk aman dan sunyi,
manusia dilaknat,
busuk kau beri.
dicincang tak putus.
Bukan sebab kucar-kacir,
untuk aman dan sunyi,
manusia dilaknat,
busuk kau beri.
Wednesday, July 13, 2011
Harapan
Harap kau ada harapan yang tinggi,
harapan yang berharap pada harap seseorang,
aku sanggup menunggu,
bukan untuk merevolusikan diri,
atau menindas,
tetapi hanya kau yang diharap.
Jika kau sekali menghiris kulit,
akan ada parut untuk selamanya,
ada ubat untuk diubati,
tetapi kesan parut akan berlarutan.
Akan kau berlayar jauh,
akan aku ikuti,
tahan letih atau lenguh,
itu aku akan dalami.

Monday, July 11, 2011
Urbanscapes 2011
Aku vendor pada event ini, jom kita ke urbanscape.
Astaka,Petaling Jaya.
Jam 12 tengahari dan berakhir pada 12 tengah malam.
Pada 16 Julai 2011.
Booth aku pada nombor ke 47, jenguk-jenguk dan singgah untuk bershopping.
Sunday, July 10, 2011
Penukaran nombor diri
10 Julai.
Hanya tarikh untuk menjadi raja. Tahun ini 10 Julai hanya sendiri. Tiada pengeboman, tiada tiba-tiba.
Aku berbaring bersandarkan kepala dengan bantal sambil termenung.
Hanya usia yang ada perubahan pada diri aku. Sejuk, damai dan sayu di sekeliling. Itu adalah 10 Julai.
Hmmmm...
Selamat Hari Jadi diri puaka ini.

Saturday, July 9, 2011
Mereka
Apa yang hendak cerita tentang pak pandir terfikir hari ini adalah orang gila berpimpin bersama zombie kerana mereka.
Mereka suruh silang tangan untuk bagi mereka jilat punggung mereka,tapi punggung mereka busuk....baik mereka bogel dulu,baru boleh yang lain bogel sama...najis!
Mereka suruh silang tangan untuk bagi mereka jilat punggung mereka,tapi punggung mereka busuk....baik mereka bogel dulu,baru boleh yang lain bogel sama...najis!
Thursday, July 7, 2011
Hati mengecil
Bukan aku herdik,
bukan aku hina,
bukan aku bogelkannya.
Ia bukan penghinaan tetapi kejujuran tanpa lapis.
Wednesday, July 6, 2011
kikir pemi me kan
sejak,
sejak itu,
sejak ini,
aku mengharap pada pemikir,
yang lebih iktiraf dari aku,
lebih tinggi dari aku.
Hasrat memang ingin tersenyum,
dengan kata-kata setaraf aku,
memang seperti,
berjamuan roti canai dengan pinggan yang sama.
Tapi berak nya batu yang keluar,
memang pedih untuk disingkapkan,
itu adalah pemikir yang lebih fasih dari aku.
Bukan untuk aku buat dengan hati yang busuk,
tapi itu luahan atau penyampaian aku sendiri.
Memang harus aku ambil tahu,
patut menerima,
dari segi,
pemikir yang memikir,
pemikir yang difikir,
pemikir yang fikirkan.

Tuesday, July 5, 2011
As Architecture Students
Terima kasih kepada kawan-kawan dan crew yang menolong dan tidak berhenti untuk menghasilkan pembikinan video ini. Tayangan video ini telah menempatkan nombor 3 dalam competition Multimedia dalam program Terang. Ini adalah untuk KLIUC Architecture, dan ini untuk semua.
Wednesday, June 29, 2011
Tabah
Kau usaha,
tapi kosong,
kau inginkan,
tapi berbeza,
kau kehilangan,
tapi tidak boleh digantikan.
Aku cuba untuk memperbaikikan,
tapi tiada kemampuan.
Sementara masih ada,
tetap tegap tiang pacak ditanah,
tanpa bergoyang.
tapi kosong,
kau inginkan,
tapi berbeza,
kau kehilangan,
tapi tidak boleh digantikan.
Aku cuba untuk memperbaikikan,
tapi tiada kemampuan.
Sementara masih ada,
tetap tegap tiang pacak ditanah,
tanpa bergoyang.
Monday, June 27, 2011
Alam semula jadi
Mata sepet seperti mengantuk. Telinga hanya mendengar injap kereta bergerak kekiri kekanan untuk menuju tanpa hala tuju. Aku mahukan cengkerik yang menyanyi semasa aku tidur. Aku mahu kan angin sejuk yang meniup hingga ke tulang. Bukan mesin pemberi angin.
Keinginan terjaga dari tidur melihat awan, gunung, seluruh alam semula jadi yang berwarna warni. Bukan menghirup udara yang ditambah perisa debu dan asap.
Memang beruntung selagi ada alam semula jadi yang masih berusaha hidup. Bukan untuk kita permainkan mereka dan menghapus. Selagi ada hidup mereka, masih ada kehidupan kita.

Saturday, June 25, 2011
Frinjan 22
Tarikh: 2hb Julai 2011
Tempat: Laman Budaya, Shah Alam
Masa: 5 petang - 12 malam
Mari jemput ke Frinjan, aku buka booth di sana menjual pakaian dan pelbagai. Ada juga kugiran yang akan mendesingkan di telinga kita dan pelbagai ada...
Facebook: http://www.facebook.com/frinjan

Wednesday, June 22, 2011
Bala tentera
*Sasaran oleh Naufal.
Kami tidak kacak,
kami tidak cantik,
tetapi seberapa bala tentera kami datang,
kami redah,
kami tempuh,
kami mengaum,
bersatu jadikan satu hati,
kami akan kuat.
Tuesday, June 21, 2011
Memori kejadian
Hanya gambar ini boleh menceritakan tentang kejadian,
Kejadian yang menentukan suasana,
suasana menentukan perasaan.
Monday, June 20, 2011
Weh gila la weh!weh!
"Weh gila la weh!weh!"
Ada sekumpulan gorilla yang terkena virus yang dibikin oleh penyelidik disebuah negara yang tidak bertamadun.
Mereka telah menjadi zombie. Tiada ubat dan pengubat. Tetapi orang gila masih kuat bertahan tidak menjadi zombie kerana mereka kuat dari segi mental.
Sekarang mereka yang gila sedang berperang dengan zombie. Zombie cuba untuk meluaskan kawasan mereka.
*Ini adalah tersirat untuk dipertikaikan.

Friday, June 17, 2011
Letih
kaki keras,
tangan longgar,
otak beku,
badan tersasar.
*sudah pulang dari johor Terang dengan membawa kejayaan multimedia.Tahniah crew yang menolong dan student archi kliuc lain.
Wednesday, June 8, 2011
Terang Architectural workshop
KLIUC akan beraksi di Terang pada 12th - 17th of June, 2011. Venue Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Lihat performance kami, design kami, video kami, photography kami, dan macam-macam pasal kami. Go!go!go! Kawan-kawan diblog dan semua luaran komunikasi global kita jumpa di sana.
Aku di selit di bahagian multimedia dan photo manipulation.
Sunday, June 5, 2011
Kehendak
Kehendak manusia,
terbatas,
kehendak haiwan,
tersekat,
kehendak tumbuhan,
terhalang,
kehendak tuhan,
meluas.
terbatas,
kehendak haiwan,
tersekat,
kehendak tumbuhan,
terhalang,
kehendak tuhan,
meluas.
Saturday, June 4, 2011
Wednesday, June 1, 2011
Belum selesai
Ahad. Memang cuti hujung minggu pada para pekerja.
Sabtu. Begitu juga.
Jumaat. Hanya menyendiri dibilik sambil melakukan kerja.
Khamis. Pergi disuatu sudut untuk mencari ilham.
Rabu. Letih dengan kerja yang dilakukan.
Selasa. Cuba untuk menyiapkan kerja yang belum ada penamat.
Isnin. Mati.

Subscribe to:
Posts (Atom)