Kejar masa yang ada,
di tarik di surung tanpa kata,
ingin berjaya seruan kita,
tanpa penat lelah,
hati sendiri sentiasa berbalah,
mengganti kata yang ingin mencelah,
Pantas jari mencetak,
segala isi diratah,
minda berjalan mencurah-curah,
penat isi hati tersentak.
Pekan Frinjan adalah acara bulanan yang mempersatukan muzik, puisi, teater, fesyen, aktivisme, buku dan macam-macam. ... Tempat: Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor di Seksyen 7 Shah Alam (depan UNISEL dan di sebelah Tasik Seksyen 7) Tarikh: 30hb September 2011, hari Jumaat (bukan Sabtu) Masa: 8 malam (jam 5 petang gerai-gerai jualan sudah dibuka)
Barisan pengkarya
Dibjualkata Free Deserters Illya Sumanto Isma Rudean Kerusi Sepi Najwa Latif Nastia Perewa Muda Portgas Society Subculture The Alif
mari lah datang beramai-ramai. Aku buka booth di sana.
Memang mengagumkan diri ini berada di sebuah struktur konkrit yang besar dan kukuh. Di telinga hanya disumbatkan pembulat suara. Mata yang hanya terbeliak berpusing-pusing.
Berjalan ke arah pencakar langit yang tinggi untuk menonton kisah-kisah karut yang dikarut oleh pengarut. Memang seronok melihat pasangan berpelukan sesama jantina dan berlainan jantina. Itu menghabakan tubuh sesama sendiri.
Aku didatangkan oleh puteri yang berdekatan dengan dunia kayangan.
Cantik.Comel.
Itu saja yang bermain di kepala lucah.
Malam itu aku hanya dilayani dengan menonton kisah-kisah karut. Dan menghabakan tubuh sesama sendiri.
Ilusi tidur aku dimalam yang penat dan lesu. Mimpi.
Hari berlanjutan hingga heningnya berhari-hari,
berakar rambut terurai ke mata,
diberi selimut tapi masih tercari-cari,
hingga lemah untuk dilaksana.
Pandangan gelap mencelikkan mata,
pabila cerah mati sekali,
buah fikiran terlintas kata,
ditembak untuk memiliki.