Sunday, July 31, 2011

Halangan

Dibaling-baling hingga ketanah. Dicampak. Aduhh!!!badan aku terasa lali dengan keadaan sebegitu.
Bila aku mendirikan diri aku yang sebenar kehadapan, ada yang menyekat roket hati aku untuk berganjak.
Menyirap.

Thursday, July 28, 2011

sshhuuuhhh!!!

 Pada malam ini,
aku hanya kentut,
diruang yang luas,
untuk aku menghalau durjana yang tidak selesa.

Wednesday, July 27, 2011

Buku

Aku ke suatu tempat yang luas yang penuh dengan dongengan rimbunan hutan. Bukan warna hijau tapi warna-warni apabila melihat. Di situ aku berdiri ketengah dan melihat kelangit.
Tiba-tiba...
tapp!!! sebuah buku jatuh menghempap tanah yang dusta dihadapan kaki aku. Aku hanya termenung melihatnya dan sambil terfikir. "Adakah tahi alien yang jatuh?""Adakah ini jurnal seorang superman yang tercicir?"
Aku kutip buku itu dan membuka nya dan ia adalah catitan dosa dan pahala rupanya.

Tuesday, July 26, 2011

Memori



Aku hanya mahu kembali pada memori,
tapi bagaimana?
ingin aku ke memori,
aku mahu kembali lagi.
Menghirup secawan susu yang sejuk sambil mata memacak pada dunia memori. Permainan minda hanya skrin dimain semula.
Ketawa dihati,mengepit mulut tersenyum.
Yang lalu dicatat, yang sedang dimuat turunkan.


Friday, July 22, 2011

Ketegak

genggam sekuat-kuatnya,
kuat lagi dan lagi,
bila dibom dihancur,
bila dibaling dari tingkat tinggi memang tak barai,
susah untuk lepaskan,
kenapa?
itu persoalan susah untuk diubah,
bukan tidak kisah,
tapi memang begitu,
sentiasa mencacak diri tanpa tumbang.

Tuesday, July 19, 2011

Takut

Hanya inspirasi,
bukan tiru,
bebal,
tapi bijak,
tapi jantung ini tetap laju.

Saturday, July 16, 2011

Mimpi

aku bermimpi,

"Oppss!!minta maaf! aku lupa apa yang aku mimpi tadi" bangun sambil merasa seluar yang basah.

Friday, July 15, 2011

Kenajisan

Disiram layu,
dicincang tak putus.

Bukan sebab kucar-kacir,
untuk aman dan sunyi,
manusia dilaknat,
busuk kau beri.

Wednesday, July 13, 2011

Harapan

Harap kau ada harapan yang tinggi,
harapan yang berharap pada harap seseorang,
aku sanggup menunggu,
bukan untuk merevolusikan diri,
atau menindas,
tetapi hanya kau yang diharap.

Jika kau sekali menghiris kulit,
akan ada parut untuk selamanya,
ada ubat untuk diubati,
tetapi kesan parut akan berlarutan.
Akan kau berlayar jauh,
akan aku ikuti,
tahan letih atau lenguh,
itu aku akan dalami.

Monday, July 11, 2011

Urbanscapes 2011


 Aku vendor pada event ini, jom kita ke urbanscape.
Astaka,Petaling Jaya.
Jam 12 tengahari dan berakhir pada 12 tengah malam.
Pada 16 Julai 2011.
Booth aku pada nombor ke 47, jenguk-jenguk dan singgah untuk bershopping.

Sunday, July 10, 2011

Penukaran nombor diri

10 Julai.
Hanya tarikh untuk menjadi raja. Tahun ini 10 Julai hanya sendiri. Tiada pengeboman, tiada tiba-tiba.
Aku berbaring bersandarkan kepala dengan bantal sambil termenung.
Hanya usia yang ada perubahan pada diri aku. Sejuk, damai dan sayu di sekeliling. Itu adalah 10 Julai.
Hmmmm...

Selamat Hari Jadi diri puaka ini.

Saturday, July 9, 2011

Mereka

Apa yang hendak cerita tentang pak pandir terfikir hari ini adalah orang gila berpimpin bersama zombie kerana mereka.
Mereka suruh silang tangan untuk bagi mereka jilat punggung mereka,tapi punggung mereka busuk....baik mereka bogel dulu,baru boleh yang lain bogel sama...najis!

Thursday, July 7, 2011

Hati mengecil

Bukan aku herdik,
bukan aku hina,
bukan aku bogelkannya.

Ia bukan penghinaan tetapi kejujuran tanpa lapis.

Wednesday, July 6, 2011

kikir pemi me kan

sejak,
sejak itu,
sejak ini,
aku mengharap pada pemikir,
yang lebih iktiraf dari aku,
lebih tinggi dari aku.

Hasrat memang ingin tersenyum,
dengan kata-kata setaraf aku,
memang seperti,
berjamuan roti canai dengan pinggan yang sama.

Tapi berak nya batu yang keluar,
memang pedih untuk disingkapkan,
itu adalah pemikir yang lebih fasih dari aku.
Bukan untuk aku buat dengan hati yang busuk,
tapi itu luahan atau penyampaian aku sendiri.

Memang harus aku ambil tahu,
patut menerima,
dari segi,
pemikir yang memikir,
pemikir yang difikir,
pemikir yang fikirkan.

Tuesday, July 5, 2011

As Architecture Students

Terima kasih kepada kawan-kawan dan crew yang menolong dan tidak berhenti untuk menghasilkan pembikinan video ini. Tayangan video ini telah menempatkan nombor 3 dalam competition Multimedia dalam program Terang. Ini adalah untuk KLIUC Architecture, dan ini untuk semua.