Hello There!

Thursday, March 3, 2016

Zalora baju kemeja lelaki

Kalau bercakap tentang fesyen kebiasaannya wanita akan menarik nafas lega kerana mereka mempunyai jauh lebih banyak pilihan berbanding lelaki. Ini kerana realitinya memang begitu. Kalau kita lihat pentas fesyen peragaan tidak kira sama ada di Malaysia ataupun luar negara kita akan mendapati koleksi pakaian untuk wanita adalah lebih luas dan lebih banyak diketengahkan.
Mengapa? Jawapannya terletak kepada fesyen itu sendiri. Tidak seperti wanita, trend fesyen lelaki tidak begitu banyak ruang untuk diketengahkan. Malah fesyen wanita lebih mudah untuk digayakan dengan hampir apa sahaja stail tidak kira sama ada yang terkini mahupun yang lama seperti vintage. Lelaki pula terlalu terhad kerana tidak semua, malahan pilihan yang ada jauh lebih sedikit jika hendak dibandingkan dengan wanita.




Namun mengikut sifat semulajadi lelaki itu sendiri mereka tidak suka berpakaian yang terlalu menonjol seperti wanita. Jika wanita boleh menggayakan sesuatu pakaian yang cukup glamour seperti night dress labuh bersama matching women accessories, namun lelaki lebih gemar memakai tuxedo dengan rekaan minimal bagi kelihatan lebih segak. Lelaki tidak suka berlebih-lebih dalam berfesyen dan itu adalah satu fakta.
Antara pakaian yang paling popular dalam kalangan lelaki ialah baju kemeja. Mereka sangat gemar memakainya sehingga pasaran fesyen baju kemeja lelaki menerima permintaan yang cukup tinggi oleh kaum Adam sehingga kini. Sekarang ini terdapat banyak koleksi kemeja tekrini yang boleh didapati di luar sana dengan seleksi rekaan yang cukup pelbagai bersama corak-corak menarik. Selain daripada itu mens shirt sekarang juga lebih stylish jika hendak dibandingkan dengan dahulu. 






Baju kemeja lelaki terbaru online juga boleh didapati dalam saiz yang berbeza dan ini adalah antara faktor mengapa ia begitu popular kerana tidak kira apa pun saiz badan anda, pasti akan ada yang sesuai untuk anda!

No comments:

Post a Comment