Hello There!

Saturday, October 18, 2014

10 Oktober 2014 : Aku terima nikahnya













"Amirul Afifi bin Ahmad Azan"

"Ye saya"

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Zalikha binti Mohd Noor dengan mas kahwinnya RMxxxxxx tunai"

"Sahaja aku terima nikah dengan..."

"Bukan niat brader..Ni lafaz ijab dan kabul"

Ulang semula..

"Aku terima nikah Nur Zalikha binti Mohd Noor dengan mas kahwinnya RMxxxxxx tunai"

"Sah?" Imam menanyakan para saksi.

"Sah!"

"Sah!"

Tuesday, October 7, 2014

Take picture

"Jap!jap! jap! sebelum makan kita take picture jap"

"hhahh?!lapar ni."

"Jap!..Dah sudah"

"Gambar aku?"

"Tak perlu kot."

"Ok..ada mee kat muka,ada sayur kat lubang hidung. Cepat take picture!"
Aminah cuba kembali pada zaman telefon yang membolehkannya untuk membaling anjing.

Sunday, October 5, 2014

Aku seperti manusia berkeliaran dilangit tanpa halangan

Selamat menyambut hari aidiladha kalian.

Tenang tanpa ada apa-apa yang diganggu,
merasa tanpa diusik,
sungguh nyaman,
nyaman yang tak terhingga.

Aku seperti manusia berkeliaran dilangat tanpa halangan.

Jiwa aku diterbangkan dengan alunan dari kugiran Mono,
nyaringan mereka merasa aku lagi puas dengan nyaman ini.

Nyaman.

Menarik nafas,
nafas yang mendahagakan kesegaran.

Aku seperti manusia berkeliaran dilangit tanpa halangan.

Memang susah untuk digambarkan nyaman ini,
esok,
mungkin tidak begini,
mungkin begini,
aku tak tahu.

Aku seperti manusia berkeliaran dilangit tanpa halangan.

Wednesday, October 1, 2014

Mui, Ultraman dan Raksasa : Motif mimpi

Suatu malam, Mui cuba tidur dengan tenang. Tapi masih ada mimpi liar yang dihantuinya. Masih lagi mimpi ultraman yang cuba untuk berubah menjadi badut yang kejam. Badut yang hanya gemar pada dunia dia sahaja dan kita tidak susah untuk menilainya dari segi rupa.

Mui menelefon raksasa

"Hai raksasa, you dah tidur?"

"Dah tidur lah Mui.Sibuk sikit malam ni"

Mui tiba-tiba terlintas berfikir apa yang dilakukan oleh raksasa yang menyebabkan dia sibuk.

"Pelik sungguh! apa yang sibuk?"

Raksasa membisu tanpa kata apa-apa. Raksasa hanya merahsiakan sesuatu.

Mui menelefon ultraman. Jawapan sama yang diberinya. Mui berasa pelik. Tapi itu hal mereka dan Mui pun tidak endahkannya. Mui sambung Tidur. Tapi kali ini Mui mimpi raksasa dan ultraman untuk berubah jadi badut yang hendak melacurkan diri pada Mui. Mui tidak boleh tidur.

Mui menelefon raksasa dan ultraman dengan ultraman.

"Hello korang semua! aku tak boleh tidur sebab mimpi kamu berdua!Apa yang kamu sibukkan tu!" dengan nada marahnya.

Ultraman dan raksasa menjawab. "Aku sibuk menghantui diri kau. Sebab engkau, kami tak boleh tidur kerana mimpi kau mimpi yang sama macam aku."