Hello There!

Saturday, September 20, 2014

Kerana babi dan khinzir badan binasa

Sedang aku bertenggek dibesi seperti burung yang sedang berehat, sekumpulan kanak-kanak yang sedang berkejaran sesama sendiri. Aku hanya memerhati sahaja akan mereka. Mereka letih, mereka pun juga bertenggek seperti aku.

Tiba-tiba.

"Wei kawan-kawan, ada siput khinzir.!" Sambil menyentuh cengkerang siput itu.

"Khinzir tu apa wei? Babi ke?"

"Ayookk! Kau cakap babi berdosa"

"Pahal lak?"

"Yela kau cakap babi. Baik kau minta ampun!"

"Otak kau. Babi dan khinzir sama je!"

"Mana ada. Lain!"

Bergaduh pula. Aku hanya menung dan berfikir, apalah sudah terjadi dunia sekarang.

Thursday, September 18, 2014

Hari itu semakin tiba

Jantung aku berdegup,
pantas laju bagai ferrari,
resah,
tidak sabar,
takut,
berdebar,
gembira,
sentiasa sentuh jiwa ini,
aku hanya mengira waktu itu,
semakin dekat dan dekat lagi,
hari itu semakin tiba.

Dup dap dup dap dup dap.

Monday, September 15, 2014

Kononnya hak keistimewaan.

Lihat ramai yang hadir untuk bermandi manda. Tidak kira umur. Janji kepuasan. Seorang 'lifeguard' aku hanya memerhati mereka dan sentiasa berwaspada akan mereka. Bukan hati hanya kerana kerja, tapi ikhlas untuk menolong dan menjadi superhero.

Sedang keluar dari bilik staff aku lihat sekumpulan sedang menjerit-jerit mandi. Tapi ada yang tidak kena pada mereka.

"Bro, seluar tracksuit dan seluar pendek dan juga jersi bola ni tak dibenarkan masuk dalam kolam ini. Mintak tukar atau sewe dekat kedai yer."

"Aik! Kenapa pula tak boleh?!" dengan nada yang tinggi dan kening yang hendak menghimpit ke hidung.

Hati aku bersabar. Sudah 4 tahun aku sebagai pekerja sambilan 'lifeguard'. Bermacam-macam karenah mereka bila ditegur. Tapi dari segi konklusi aku rasa orang Malaysia pantang ditegur dan tidak boleh ditegur walaupun benda itu salah atau pun betul. Tapi bila ditegur itu salah, suhu badan hingga meletup dibuatnya. Bila ditegur secara berbahasa yang jelas dan alunan suara yang mendayu juga boleh buat melenting.

"Bro saya tegur secara elok ni. Memang undang-undang kolam ini macam tu. Bro kena pakai pakaian renang."

"Kau tahu aku sape yang kau nak tegur ni?!"

"Bro siapa?"

"Aku orang DBKL. Aku staff situ!"

"So?Bro staff situ bro pangkat tinggi ke? kalau bro anak menteri ke apa, apa nak heran. Undang-undang sini ikut la. Bro pun makan gaji macam saya. So jangan mempergunakan pekerjaan bro tu sebagai ada hak keistimewaan atau kepentingan tertentu. Tak ada keistimewaan apa-apa pun kerja bro tu. Jadi sila naik dan tukar pakaian."

"Aku akan 'complain' pasal engkau.! Tak apa. Jom la kawan, aku dah tak ada mood nak berenang. Balik lah!"

"Bro complain lah. Saya tak takut."

Bila mereka di dalam keadaan yang selesa, mereka cuba mempergunakan kepentingan mereka sendiri. Itu segelintir mereka yang hanya fikir mereka sudah hebat. Aku lihat mereka dengan perasaan marah dan terus beredar dari kolam. Aku hanya menyambung mendengar audio telinga aku.

Friday, September 5, 2014

Tiba masanya atuk untuk berehat

Dahulunya kami berjalan disekitar bandar klang untuk ke kebun di Meru. Berjalan dikota konkrit yang tinggi ke langit. Tiada sedikit letih. Dia sentiasa membawa aku ke mana sahaja pabila aku pulang ke desa yang bernama Johor. Tak kira di kawasan kampung atau di bandar. Dia mahu cucunya melihat ini lah dunia yang bermacam watak, rupa dan jenis. Jika dia datang ke Kuala Lumpur, dia juga akan bawa aku untuk melihat perbezaan antara manusia dikota dan didesa.

Tapi sekarang sudah berubah. Aku sibuk dengan kerjaya. Dia sudah tidak larat untuk berjalan. Aku bawanya ketaman dan minum. Tapi dia tabah juga untuk berjalan keluar minum pagi teh tarik dengan aku.

Hati yang kuat seorang atuk pada cucunya. Tiba masanya atuk untuk berehat.