Hello There!

Friday, December 28, 2012

Diranjang

Aku mahu diranjang,
tanpa alasan,
tanpa berdinding,
ia mudah tanpa halangan.

Aku mahu diranjang,
hirau tanpa siapa-siapa,
serik di hina,
biar kali ini diri sendiri suka.

Aku puas diranjang.

Wednesday, December 26, 2012

Bila lihat....

Bila lihat kelangit, gelap dengan mendung. Tiada bulan dan bintang. Selalu nya mereka itu lah yang menerangi alam ini semasa gelap gelita.

Bila lihat kehadapan penuh dengan hutan belantara. Tidak tahu apa yang akan di duga. Ada baik dan ada yang buruk, tidak tahu.

Bila lihat kebelakang penuh dengan ingatan yang baik dan buruk telah berlaku.

Melangkah dengan hirau apa-apa. Terus kehadapan. Biar baik dan buruk berlaku pada diri aku, cuma aku perlu berhati-hati.

Sunday, December 16, 2012

Satu di akhirnya juga satu

Satu juta,

"Cantik kereta aku?"

"Tinggi aku punya rumah?bukan takat besar"

"Mahal aku punya barang?"

Akhirnya,
nipis menjadi satu.

Saturday, December 15, 2012

LALU

Lalu melulu malu ke lu,
lu sendiri malu,
siapa yang tahu,
kami lalu letus menggaru.

Monday, December 10, 2012

Macam mana pun tak pernah cukup

Macam mana pun tak pernah cukup,
kejar lah hingga hujung,
tapi tiada penghujung,
sebanyak mana yang dapat,
macam mana pun tak pernah cukup.

Syukurlah apa yang diberiNya.

Thursday, December 6, 2012

Rindu

Bersetubuh dengan jiwa,
antara dua laluan,
ke kiri ke kanan,
haluan terus hingga tiada penghujung,
saling menekan,
saling menggenggam,
rindu.