Hello There!

Thursday, August 30, 2012

Betul ke dah merdeka?

Betul ke dah merdeka?
Apa itu merdeka?
Bebas sahaja?
Berfikir secara halus.

Merdeka diri,
merdeka orang lain,
merdeka bumi,
Fikir sendiri betul ke dah merdeka?

*Selamat hari kemerdekaan buat rakyat Malaysia.

Monday, August 27, 2012

Friday, August 24, 2012

Sesalan hanya ada pada diri ini

Aku akui,
sesalan hanya ada pada diri ini.

Songket yang di jaga dengan lamanya,
perjalanannya lama,
sekarang di robek,
hendak aku menjahitnya semula.

Merasa kepahitan robekan itu,
akan aku jaga sebaiknya,
berikanlah,
berikanlah aku menjahitnya semula.

Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri

Salam aidilfitri buat rakan-rakan diseluruh muka bumi dan planet lain, tidak kisah tua, muda, atau yang belum lahir. Aku minta maaf atas jika ada buat salah yang sengaja atau tidak. Mengharap amalan yang kita lakukan pada bulan ramadhan di berkatiNya.
Buat keamanan untuk dunia dan beramal segala padaNya untuk akhirat. 
Assalammualaikum.

Wednesday, August 15, 2012

Mahukannya yang sebenar

Mana letak dirinya,
ada yang ubah,
sedarkan,
sedarkan.

Mahukannya yang sebenar.

Sunday, August 12, 2012

Nosstress - Tanam saja








Aku merasakan ini, kamu tahu aku sakit hati.
Melihat semua mati di hadapan ku, dan yang tersisa cuma debu, ini serius

Tentang bumi ini, alam ini, dan kebun di depan rumah ku
Tentang pohon pisang, tentang rumput liar, tentang capung, tentang burung
Tentang kenyataan bahwa semuanya tak seindah dulu.

Kita harus menanam kembali, hijau saat ini dan nanti
Kita harus menanam kembali, satu saja sangat berarti untuk mu
Tanam saja, tanam saja lah.
Tanam saja, tanam saja lah.

Thursday, August 9, 2012

Happen

Every passing minute is another chance to turn it all around.

Aku dah cuba

Aku tak mampu memberinya,
tak mampu untuk menunaikannya,
aku dah cuba,
tapi akan aku cuba hingga akhir hayat aku,
titisan air mata yang dikesat,
mungkin tidak boleh digantikan dengan lain.

Aku jadikan engkau ruang udara aku,
bila dibelakang,
engkau berada di hadapan aku,
bila aku di hadapan,
engkau berada di sisi kiri kanan aku,
aku akan sentiasa melampirkan bahuku,
untuk kepala mu berlabuh.

Aku tak mampu memberinya,
tak mampu untuk menunaikannya,
aku dah cuba,
tapi akan aku cuba hingga akhir hayat aku,
aku masih begini gagal untuk kau,
tapi engkau tetap berlabuh kepala mu.

Gelas yang pecah berderai,
sukar untuk cantumkan nya,
kerana aku memecahkannya,
maaf.

Maaf.

Maaf.

Wednesday, August 1, 2012

Sebenar apa?

Menekap muka bersama kedua belah tangan,
yang hanya lihat disebalik,
tidak seluas kita lihat,
tapi masih mampu untuk melihat,
walau sebesar kuman,
sebenar apa yang aku fikirkan?

Seperti berada di tengah jalan,
tengah jalan yang sesak,
penuh dengan kesatuan penghuni besi.

Sebenar apa yang aku inginkan?
sukar untuk menjangkakan,
sukar untuk membuat pilihan,
batu atau kapas,
air atau api,
atau kedua-dua.

Pokok yang tumbuh,
juga ada banyak cabangnya,
aku harus pilih,
mana cabang yang boleh aku berpaut,
itu yang terbaik untuk berpaut,

Sebenar apa yang aku fikirkan?
Mana pilihannya?
Sebenar apa yang aku inginkan?