Hello There!

Sunday, April 29, 2012

Ada gaya?

Ada gaya keras tak di tubuh ini?
saat bukan workout pergi gym, tapi pergi angkat kereta. Lepas mengangkat kereta, dia ke tandas pergi membersihkan diri yang kotor dan berdaki itu. Memang bersih celah bedah di badan saat.

Ada gaya hensem tak di tubuh saat?

Saturday, April 28, 2012

Engkau kejam setan

Ada manusia yang meniru seperti engkau,
termasuk aku,
bukan aku seorang,
tetapi ramai,
semua orang,
tolong jangan ganggu aku,
aku tidak akan dengar bisikan engkau,
engkau boleh menjadi apa saja,
apa saja,
apa-apa saja!

Engkau makhluk yang degil,
jahat,
apa yang berbentuk tolak adalah engkau.

Memang ramai yang terperdaya dengan engkau,
engkau memang hebat,
bagaimana engkau lakukan?
aku mahu buat apa yang engkau buat terhadap engkau,
tapi aku manusia ada had nya.

Engkau kejam setan.

Thursday, April 26, 2012

Kembali seterusnya menuju

Subuh terjaga. Sangkakan lewat. Awal rupanya.

Kembali ke kematian sementara.

Terbitnya matahari di dalam keadaan 45 darjah dari kepala. Terjaga. Sangkakan awal tetapi rupanya lewat. Tiada kembali tetapi menuju. Semakin laju tubuh badan bergerak, dan segala pergerakan semakin laju dan laju lagi. Tidak memikirkan kawasan, suasana dan teman di sekeliling. Dalam hati aku hanya mahu menuju dengan pantas sahaja.

Ia boleh di spesifikasikan dengan lewat bangun ke kerja.

Wednesday, April 25, 2012

nøgen

nøgen

Kita akan nøgen,
ada siapa yang tidak suka pada nøgen?
semua orang suka nøgen,
yang pasti melihat lain dari kita.

nøgen

terasa ringan,
bebas,
menghibur,
keghairahan,
memang seronok apabila nøgen.

nøgen

Dari mula kita di cipta,
sehingga lenyap nya nyawa meninggalkan jasad,
kita akan nøgen.

nøgen       

Tuesday, April 24, 2012

Antara destinasi dan perjalanan

Di sudut aku duduk,
aku melihat,
dengan kepala menunduk,
aku melihat,
mata tajam melihat.

Ada orang yang merasa kebahgian,
ada orang yang merasa kesedihan,
ada orang yang merasa kesusahan,
ada orang yang merasa kekayaan,
memang benar.

Dikelilingi dengan ditemani syaitan dan malaikat,
antara pilihan hidup,
memang benar,
bukan destinasi yang kita cari,
destinasi terakhir yang sebenar mencari kita,
tapi ini perjalanan,
penceritaan untuk diri kita.

Memang tidak pernah puas,
kerana ia bukan destinasi di dunia ini,
ia perjalanan.


Sunday, April 22, 2012

Katil dan tilam yang empuk

Pada mulanya aku berada di dunia mimpi.

Aku tiba-tiba di hempap dengan kek lapis yang sedap dan lazat dan aku berada di tengah-tengah kek tersebut. Aku cuba melepaskan diri tetapi aku seperti diikat dengan ketat. Aku cuba ke kiri ke kanan tapi gagal. Aku di hempap lagi.

Susah.

Kelihatan rakan-rakan rapat membuat muka yang jelik di hadapan aku. Aku meminta tolong.

Jelik sungguh!jelik sungguh!

Mereka masih mengejek aku dengan muka yang jelik. Aku dihempap dengan kuat. Ada sekumpulan kanak-kanak yang melompat-lompat di atas kek yang menghempap aku.

Lompat dengan tinggi. Seperti lompat di atas tilam yang empuk. Seronok mereka melompat tanpa menyedari aku di tengah-tengah yang sedang di hempap oleh kek itu.

Seorang kanak-kanak terjatuh dan bergesel dengan muka aku. Sakit.

Aku tersedar dari dunia mimpi yang aku terjatuh dari katil dan tidur di bawah katil. Gelak sendirian.

Friday, April 20, 2012

A little drawing

"If you're alone, I'll be your shadow. If you want to cry, I'll be your shoulder. If you want a hug, I'll be your pillow. If you need to be happy, I'll be your smile... But anytime you need a friend, I'll just be me." - unknown-

Thursday, April 19, 2012

Biarlah aku simpan

Seperti di tahan,
di halang oleh halangan yang payah untuk ditembusi,
tidak boleh di korek,
dipecah,
digali,
halangan yang payah untuk ditembusi.

Aku cuba hendak mencapai,
dan menatap muka engkau dengan dekat,
tapi aku gugup,
aku hanya boleh membisu,
seperti berat untuk bersuara.

Bukan sengaja.

Tapi ia mungkin membuatkan engkau mati,
membuatkan engkau layu seperti bunga yang tanpa di siram.

Apa mungkin,
esok hari,
minggu hari,
tahun hari.

Biarkan sahaja aku yang menyimpannya,
bia saja aku pendamkannya,
kerana ia ada halangan.

Biarlah aku simpan.

Wednesday, April 18, 2012

Marjinal - Negri Ngeri


Lihatlah negeri kita
Yang subur dan kaya raya
Sawah ladang terhampar luas
Samudera biru

Tapi rataplah negeri kita
Yang tinggal hanyalah cerita
Cerita dan cerita, terus cerita…(cerita terus)

Chorus:
Pengangguran merebak luas
Kemiskinan merajalela
Pedagang kaki lima tergusur teraniaya

Bocah-bocah kecil merintih
melangsungkan mimpi di jalanan
Buruh kerap dihadapi penderitaan

Inilah negeri kita
Alamnya kelam tiada berbintang
Dari derita dan derita menderita…(derita terus)

Sampai kapankah derita ini (au-ah)
Yang kaya darah dan air mata
Yang senantiasa mewarnai bumi pertiwi

back to chorus

Dinodai
Dikangkangi
Dikuasai
Dijajah para penguasa rakus

Dinodai
Dikangkangi
Dikuasai
Dijajah para penguasa rakus

Tuesday, April 17, 2012

KLIUC ARCHIDAY 2012


Lampu bilik terang menjadi gelap


Terang sungguh bilik dengan sinaran lampu pendaflour. Sambil terbaring berbogel dan berselimut. Menelefon.

"hello lid!"
"ha!apa?"
"mai datang bilik aku, ada benda aku nak bagitahu."

   Rumah yang berukuran lima tingkat ini selalu aktif dengan acara peribadi di dalam rumah. Menjerit, menyanyi, gelak ketawa dan berhibernasi. Lid tinggal di tingkat 2 dan menuju ke tingkat 3 kerana sahabatnya memanggilnya. Berdebar hatinya.

  Membuka pintu tanpa beri salam dan memasuki bilik.

"Apahal nya?"
"Farhan suka pada engkau"
"Engkau ingat aku ni main dubur?"
"Dah lah aku balik bilik aku, borak tak sekolah engkau ni. Penat je aku naik"
"Kau tutup sekali lampu bilik aku sekali. Alang-alang."

Niat hanya malas untuk tutup lampu kerana sudah selesa dengan kedudukan berbaring di katil.

"Pemalas punya budak. Pasal ni je ke?"

Memang cari nahas di permainkan. Lid terus tutup suis utama elektrik.

Monday, April 16, 2012

Belaian

Semasa bayi kita di belai.

Semasa tua kita di belai seperti bayi juga.

Semasa remaja lagi mahu dibelai dan mahu membelai lebih dari bayi, lebih dari orang tua.Apa yang jadi?


Sunday, April 15, 2012

Jelik

Sifat terancam,
mengancam membuat dubur mengecut,
berdarah mengeluar najis,
jika kau beri hanya secebis tidak apa,
tapi ancaman engkau lebih dari itu,
henti,
hentikan,
ia membuatkan engkau jelik,
engkau jelik lebih dari jelik.

Fikirkan.

Saturday, April 14, 2012

Sini Sana

Aku di sini. Dia di sana.

Apa yang aku fikir adalah bila akan aku rasa di sana?
Sana macam mana?
Adakah ia besar? atau kecil?
Boleh di sentuh?

Apa agaknya jiwa di sana?

Kalau boleh aku mahu sana dan engkau ambil sini.

Wahai dia, mari ke sini.
Aku di sini.

Thursday, April 12, 2012

Sosial antara normal dan realiti


Sosial antara normal dan realiti. 

Pantas,
pecahan,
bayangan,
impian,
realiti,
seangkatan dan martabat yang di amanah,
apa pun boleh di terima,
tak perlu janggal,
serumpun sosial adalah sama,
cuma memilih di antara yang kaca atau batu.


Wednesday, April 11, 2012

Dimana seni bina nya?



Di mana jiwa-jiwa seni bina yang telah aku lalui?
seperti ke simpang yang berlainan,
adakah sudah pudar?
tapi aku masih mencari mikro makro seni bina itu.

Posisi aku,
menyebabkan aku begini?
tetapi aku masih berfikir seperti seni bina.

Tetapi dalam diri berbagai keinginan.

*keinginan ada studio untuk meluahkan nafsu, galeri yang boleh berkongsi pemikiran disekeliling kita, buku hasil jari menulis untuk menyentap hati para manusia.

Sunday, April 8, 2012

0000 : Mula

0800 : bangun pagi, minum mineral tanpa gosok gigi.
0830 : selesai mandi, segak untuk ke kerja.
0835 : termenung.
0840 : duduk depan dan menonton modenisasi dunia tapi masih ada korupsi dan bertelingkahan. Bosan.
0845 : masih lagi melihat maya fantasi sambil baring.
0850 : selesa dengan memejam mata.
1200 : lena.
1205 : lihat jam pada tangan.
1207 : tidur kembali.

Saturday, April 7, 2012

Susah

Kerja keras demi diri,
tanpa rehat,
tanpa tidur,
tanpa memikirkan keluhan roh diri ini.

Tubuh ini sentiasa bergerak,
mencari harta dunia,
tapi aku mencari dengan halal.

Bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang kemudian,
ujian membuat aku semangat,
termenung sejenak,
susah.

Friday, April 6, 2012

Wednesday, April 4, 2012

Tiada pengakhiran

Lari dengan pantas nya. Lari dan lari lagi.

Terlanggar dinding dan seperti di dalam kisah Harry Potter yang tiba menembusi ke alam lain. Penuh dengan fantasinya. Dinding yang disusun dengan batu bata dapat ditembusi oleh Jintan. Tetapi Jintan tidak berkaca mata bulat.

Tiba-tiba Jintan menggelongsorkan dirinya disebalik kehalusan rambut-rambut di dagu Leonardo da Vinci. Dan rebah ke atas meja yang die melukis setiap bentuk badan manusia. Jintan keliru dan kecamuk. Apa yang terjadi?Dimana aku?

Sentiasa bertanya. Tubuh Jintan seperti dikawal oleh pensil yang dilukis oleh Leonardo da Vinci. Setiap garisan yang di lukisnya akan menarik tubuh Jintan untuk mengikutnya. Diri Jintan tersekat pada masa dan situasi imaginasi semasa melukis. Memang tiada pengakhiran buat dirinya untuk melepaskan diri dari kawalan itu. Jintan cuba meronta dan berlari kearah garisan yang dilukis oleh Leonardo da Vinci. Tetapi tiada jalan keluar.

Mana penyelesaiannya?

Jintan terpaksa akur dengan kawalan itu. Tiada yang dapat membantunya selain itu.

Tuesday, April 3, 2012

Katakan

Kelainan pada diri,
ingin untuk berubah,
bagaimana?
adakah begini?
adakah begitu?
perspektif pada yang lain dipropagandakan untuk kepentingan orang lain.

Adakah engkau?
Tidak mungkin engkau,
sila buka topeng disebalik wajah engkau.

Katakan.