Hello There!

Wednesday, February 29, 2012

Wahai encik remos

Wahai encik remos,
engkau cuba macho tapi engkau tidak tahu macam mana mahu macho,
engkau cuba berlagak pandai tapi engkau suka memandai,
bila di kritik,
engkau pandai melenting bertumbuk,
rambut berjambul tinggi memanjang,
otak kecil fikiran tidak memanjang,
mata mahu biru tapi mata cukup lancang,
mulut busuk macam gampang.

Wahai encik remos,
alahai encik remos,
apa encik remos,
aduhai encik remos.

Gunting jambul encik remos,
menangis tersedu-sedu.

Wahai encik remos,
alahai encik remos,
apa encik remos,
aduhai encik remos.

Wednesday, February 22, 2012

Melangkah


Lihat pada waktu,
Memang semakin dekat.

Lihat pada hari,
Memang semakin tiba.

Lihat pada sekeliling,
Memang semakin pantas dilakukan.

Tapi aku masih tidak sedar semua itu,
adakah aku yang tidak mahu atau saja ia berlalu,
tidak perlu menunggu,
buka kaki,
langkah kanan,
bergerak kehadapan.

Saturday, February 18, 2012

Innalillah hiwa inna ilai hiroji’un

Al-fatihah kepada nenek ku. Semoga nenek ku di tempatkan orang-orang yang beriman.Amin.

Allah menjelaskan dalam Al-Quran tentang prilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut:

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan"

Katakanlah : " Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."

Semoga kita yang masih hidup ini akan ingat dengan kematian yang mendatang.

Monday, February 13, 2012

Apakah?

Ada tersembunyi,
ingin mencari-cari apa yang disembunyi.
Adakah itu cuma kerana aku seorang yang lemah?

Bisu saja.

Tuesday, February 7, 2012

Coklat

Coklat.

Kau mengembirakan.
Kau menyenangkan hati aku.
Comot.
Memang aku sudah terpikat dan tertarik. Aku mahukanya.

Aku di sini.

Monday, February 6, 2012

Mayat hidup

Mayat hidup di penjuru. Menikmati dan memahami apa itu sosial dan rilex.

Saturday, February 4, 2012

Keliru antara dua

Kedua kepala terbelah,
tapi masih berfungsi,
apa yang di minta masih difikir,
rentak dunia terselah,
satu harapan harus miliki,
tapi masih untuk difikir.
Adakah benar atau palsu?
itu pertanyaan diri,
pilihan hanya pada yang kaku,
supaya tidak binasa kemudian nanti.