Hello There!

Tuesday, January 24, 2012

Wahai merak

Jika anda terlihat seekor merak mengembang sila bau punggungnya, kerana di situ ada keseronokannya.

Monday, January 23, 2012

Wahai burung

Apa yang aku ingat adalah aku berada di tepi sungai yang dekelilingi dengan hutan batu yang banyak ragam. Berjalan tanpa hala tuju, menyepak batu-batu kecil ke sungai. Aku terlihat seorang gadis dan tiba-tiba berdebar seperti ferrari berlumba.

Aku senyum padanya dan ia terbalas. Aku melihat tanpa mengelip.

"Hai, u adalah penyeri sungai ini." teguran selamba padanya.

Dia senyum malu.

Dari masa itu kami mengenal sesama sendiri. Walau jauh kami sentiasa berhubung. Burung merpati adalah perhubungan yang kami lakukan.

Selepas itu kami mula keluar bersama. Kami berborak, makan, menonton pementasan dan jalan-jalan. Sekarang, aku berdebar-debar bersama dengannya.
Masa akan datang, aku cuba menawan nya. Wahai burung, jangan engkau berhenti terbang atau patah sayap.

Thursday, January 12, 2012

Bola dawai

Aku melemparkan diri di sofa.

Memandang ke langit terlindung. Mata aku melihat seurat dawai yang bergerak dan menggulingkan nya seperti sebiji bola takraw. Makin besar gulungan nya..

Berhenti.

Bola dawai itu pun menghempap ke arah kepala aku. Aku meronta-ronta. Dia lebih kuat dan susah untuk melepaskan nya dari kepala aku.
Dan ia berputar-putar tanpa henti. pening kepala...
Putar-putar.

Aku letih untuk mengeluarkan nya dari kepala. Aku cuba tenang kan diri. Dan tiba-tiba bola dawai tu tercabut dengan sendiri dari kepala aku. Aku lega.

Wednesday, January 4, 2012

Pandai

Aku rasa burung sudah pandai belajar terbang,
tanpa pengajarnya.

Aku rasa anak singa sudah pandai memburu,
tanpa pengajarnya.

Aku rasa anak kucing pandai berdikari,
tanpa menetek susu ibunya.

Kau rasa aku saja memandai.

Monday, January 2, 2012

Kepala petak

Kepala aku petak. Tiada imbangan dalam fikiran. Tiada kelembutan dalam pemikiran aku. Kudrat untuk membulatkan kepala aku memang susah dan tidak tercapai.

Kekiri,kenan. Tiada kelihatan. Tidak nampak. Hanya pandangan depan yang lurus yang hanya boleh aku lihat. Aku baring seperti dadu aku memusing.

Aku ke bengkel mengetuk kereta dan menyuruh membulat kan kepala aku. Mereka membulatkan dan menjadi lagi hodoh.

Tapi bahagia kerana dapat membulat kan kepala