Hello There!

Thursday, September 29, 2011

Significant.



Segelas air kosong aku teguk.

Lihat sekeliling.
Sama macam samalam.
Aku terbangkan sayap aku, tapi di ikat.

Aku hanya senyap dan lihat.

Pemikiran hendak aku letupkan,
tapi sia.
Tak mampu.
Aku hanya buat kerja aku saja.

Monday, September 26, 2011

Deruan minda dan hati

Kejar masa yang ada,
di tarik di surung tanpa kata,
ingin berjaya seruan kita,
tanpa penat lelah,
hati sendiri sentiasa berbalah,
mengganti kata yang ingin mencelah,
Pantas jari mencetak,
segala isi diratah,
minda berjalan mencurah-curah,
penat isi hati tersentak.

Wednesday, September 21, 2011

Tuhan kepada garisan

Melacurkan diri pada satu garisan yang boleh kita perintah. L kod untuk memerintah. 
Kod mewarnai dunia nya.
Boleh menghacurkan segala garisan yang dicipta.
Akan membentuk segala rupa.
Tuhan kepada garisan.
Panjang pendek aku mencipta,
bulat petak dengan ikutan setia,
itulah alam yang sedang aku cipta.

Monday, September 19, 2011

Frinjan 23

Pekan Frinjan adalah acara bulanan yang mempersatukan muzik, puisi, teater, fesyen, aktivisme, buku dan macam-macam.
...
Tempat: Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor di Seksyen 7 Shah Alam (depan UNISEL dan di sebelah Tasik Seksyen 7)
Tarikh: 30hb September 2011, hari Jumaat (bukan Sabtu)
Masa: 8 malam (jam 5 petang gerai-gerai jualan sudah dibuka)


Barisan pengkarya

Dibjualkata
Free Deserters
Illya Sumanto
Isma Rudean
Kerusi Sepi
Najwa Latif
Nastia
Perewa Muda
Portgas
Society
Subculture
The Alif 


mari lah datang beramai-ramai. Aku buka booth di sana.

Thursday, September 15, 2011

Puteri

Memang mengagumkan diri ini berada di sebuah struktur konkrit yang besar dan kukuh. Di telinga hanya disumbatkan pembulat suara. Mata yang hanya terbeliak berpusing-pusing.

Berjalan ke arah pencakar langit yang tinggi untuk menonton kisah-kisah karut yang dikarut oleh pengarut. Memang seronok melihat pasangan berpelukan sesama jantina dan berlainan jantina. Itu menghabakan tubuh sesama sendiri.

Aku didatangkan oleh puteri yang berdekatan dengan dunia kayangan.

Cantik.Comel.

Itu saja yang bermain di kepala lucah.

Malam itu aku hanya dilayani dengan menonton kisah-kisah karut. Dan menghabakan tubuh sesama sendiri.

Ilusi tidur aku dimalam yang penat dan lesu. Mimpi.

Monday, September 12, 2011

Crit

Hari berlanjutan hingga heningnya berhari-hari,
berakar rambut terurai ke mata,
diberi selimut tapi masih tercari-cari,
hingga lemah untuk dilaksana.
Pandangan gelap mencelikkan mata,
pabila cerah mati sekali,
buah fikiran terlintas kata,
ditembak untuk memiliki.

Friday, September 9, 2011

Puas

Engkau jalan kehadapan, lurus tanpa ke kiri atau ke kanan. Jangan kebelakang. Langgar dinding. Usap dinding dengan manja hentak kan kepala kedinding.

Puas..

Tuesday, September 6, 2011

Ronyok

Longlai,
selerak,
menyalak,
kelakuan yang sering dihantui,
semuanya kelihatan ronyok mata memandang,
hendak digosok,
tetapi kelihatan ronyok.

Dihantui ronyok,
diselubungi ronyok,
dicaci ronyok,
disyaitani ronyok,
dingonyok ronyok.

Segala anak mata kelihatan ronyok. 


Monday, September 5, 2011

Lelap

"kenapa dengan engkau, pejam mata sebelah kiri dari tadi?kanan engkau celik."

"mata kiri aku tak cukup tidur la."

"lerr"

Sunday, September 4, 2011

Kassim Selamat

Laju memintas,
aku dapat merasa,
sunyi tercantas,
ia berdesing ke telinga.

Sebalik cermin,
ada pantulan bayang-bayang sendiri,
ada yang mememerhatikan,
aku sendiri buta.

*gambar diatas aku menamakan kassim selamat.