Hello There!

Monday, May 30, 2011

Pagi

Dari dua fajar yang berbeza,
diangkat untuk keberkatan rezeki,
bermula satu hari yang baru,
selepas dicelik,
tetapi kadang kala tidak dapat dicelik.
Dingin suhunya,
aman sentiasa,
kesegaran terasa,
mudah untuk buat apa saja.
Muzik yang tenang,
alam adalah lagunya,
kehidupan liriknya,
sentiasa kedengaran,
bermain difikiran kita.

Saturday, May 28, 2011

M.A.M Store (Mix and Match)


Aku bersama 2 orang bunga...
Mari lah melayari kami punya M.A.M Store ( Mix and Match Store). 
http://mixandmatchstore.blogspot.com/
dan juga di Facebook


Thursday, May 26, 2011

Nazak


Tanpa penglihatan,
gelap permandangan,
ingin berkata,
seperti telah dijahit kulit bibir.

Darah yang mula mengering,
pendengaran di berhentikan,
tetapi hati masih kedengaran,
hati ini yang menjadi mulut,
hati ini yang menjadi telinga,
hati ini yang menjadi mata,
hanya mampu berdoa kepadaNya.

nafas ku,
seperti berada dibulan,
adakah tiba masanya?
adakah ini penamat?
hanya Engkau saja yang tahu.

Tuesday, May 24, 2011

Facebook status menggila dan bergorilla

"bila orang gila tidur,tidur menjadi gila"

"orang gila shopping pakaian, 'jenis apa ni?!' gorilla shopping pakaian, 'biar aku syok seorang pakai ni'. Mereka pakai, simpan dan tidak beli"

"gorilla banyak bulu berdangdut"

"gorilla dan orang gila ternampak babun 'makhluk ape tu?binatang ke?!'"

"gorilla pergi beli roti canai, orang gila pergi membeli roti canai. Mereka menukar roti canai masing-masing sesama sendiri. Naik gila mereka kenapa bentuk roti canai sama."

"orang gila suka berlari bersama anjing gila yang mengejarnya...dan sentiasa memenangi acara marathon."

"orang gila mungkin akan menjadi rajin menjadi gila."

"gorilla 'kamu perlu perubahan pekerja ku'..orang gila kata dalam hati 'gila apa gorilla tua ni, kau jangan nak kiss-kiss bang-bang sangat la kat sini'."

"gorilla main mangkuk,sambil makan penampar"

"sejak gorilla dan orang bergaduh, mereka sentiasa berdua-duan ditempat sunyi"

Monday, May 23, 2011

The KL Bazaar


TIME: 12PM – 8PM
DATE: 4th & 5TH June 2011 (Sat & Sun)
WHERE: NORTH & SOUTH ATRIUM, SOHOKL,
SOLARIS MONT KIARA

Mari datang ke booth 24th.
aku buka booth pada tarikh 5th june 2011 sahaja. shopping-shopping!
MIX AND MATCH STORE!
facebook:
blogspot:

Friday, May 20, 2011

Lat ta li lat tali tam plong!


lat ta li lat tali tam plong,
lat ta li lat tali tam plong.
Minda manusia berbadan kecil,
ia hanya dipenuhi,
lat ta li lat tali tam plong,
lat ta li lat tali tam plong.
Larian kesana kemari,
seperti mengejar tempat pertama,
apabila hendak disentuh,
hanya menyeru perkataan hikmat.
cop!

Thursday, May 19, 2011

Basikal gila

Ada satu kisah seorang orang gila bersama basikalnya.
Ada seorang ibu telah memberi sebuah basikal pada seorang orang gila tersebut kerana ibu itu amat simpati. Orang gila itu sentiasa berjalan kaki selama ini.
Setelah dapat basikal, orang gila itu amat menyukai nya. Pada suatu hari, break basikalnya amat haus dan rantai basikalnya amat longgar. Tetapi di tetap menggunakannya. Dimenurun bukit amat laju sekali basikal itu menyusur. Selepas itu, orang gila itu mahu menaiki bukit pula, dia mencuba mengayuh basikal itu menaiki bukit tetapi gagal kerana basikal itu turun kebelakang.
Sehingga sekarang dia sentiasa mencuba sehingga naik gila dan semakin gila.

Wednesday, May 18, 2011

Sakit


Aku sudah bergerak jauh tetapi sekeliling sepi.
Aku mendaki ke puncak tertinggi tetapi tiada penghujung.
Aku berenang ke kawasan terbentang luas tetapi tiada tanda arah.
Berfikir sejenak.


Ditenggelam tidak lemas,
dicekik boleh bernafas,
dicucuk tidak sakit,
disepak atau disepak tidak rasa.


Bertawakal dan ingat padaNya.

Monday, May 16, 2011

Guru

Engkau sudah jadi seorang arkitek,
engkau sudah jadi seorang peguam,
engkau sudah jadi perdan menteri,
bermula dengan ajaran abc123,
hingga berjaya,
semua penyampai dari guru-guru kita.

Peduli pada guru sekolah rendah atau tinggi atau tahap tertinggi,
dari kecil hingga besar mengajar,
mengajar formal atau tidak,
namanya guru.
Selamat Hari Guru.

Friday, May 13, 2011

Tuesday, May 10, 2011

Disco



Lima sekawan yang riang, sentiasa ketawa dan agak kurang waras nya merasakan diri mereka gangster dan pandai menari. Gaya nak ala-ala "Lu langsi!Lu mati!". Satu benda saja yang membuatkan mereka lemah.

"wei! jom disco!" ujar kawan A.
"mabuk!" jerit kawan B.
"bila mahu pergi?" tanya kawan C.
"ala kita pergi sekarang ni la! steve aoki dekat disco studio intan." ujar kawan D.
"perghh!!syok tu.. aku lead untuk yelle!" ujar kawan E.

Sejam kemudian..

Dalam berbisik,
"bila mahu start?" tanya kawan E.
"sabar lah.Kita kan dalam kelas landscape" ujar kawan D
"itu lah, lecturer ni langsi, memang tupai gedang." ujar kawan C
"dah lah tadi kena sound, lepas tu kena kunci pintu sebab lewat. Setengah jam kena berdiri luar.adoi!" ujar kawan B.
"lepas kelas je lah kita mulakan disco kita" ujar kawan A

Hendak pendekkan cerita.Tamat.

Monday, May 9, 2011

Rewind


Pagi yang dingin,
sore yang redup,
ada anak kecil yang berbasikal tetapi mengayuh kebelakang,
ada orang tua merokok menghembus kemudian menyedut.
Setiap halusinasi di bayangkan,
disentap ke hati,
hanya menanti,
walaupun tunggu hingga mati.

Aku beredar dengan menapak kebelakang,
pergerakan diulangi,
jahat dapat rasakan,
baik dapat rasakan.
Juling minda,
resah hati,
segala suka duka,
dapat ulangi.


Sunday, May 8, 2011

Ibu

Ada berharga dari emas,
ada berharga dari berlian,
ada berharga dari segala-galanya,
hanya satu yang berharga,
berharga yang lebih berharga,
ibuku.

Mama! dan semua ibunda di seluruh negara!
Selamat Hari Ibu!

Friday, May 6, 2011

Bedroom Sanctuary (Bo Amir Iqram) - Lagu

 Terasa seperti berjalan di khalayak ramai yang tiada henti,
hanya menegur satu sama lain.

Thursday, May 5, 2011

Bosan

Bukan aku hendak diam,
bukan aku hendak memekak,
tapi masa terlalu panjang.
Fikiran melayang,
berterbangan hingga ke alam magis,
merancau-rancau,
apa yang harus lakukan?
apa yang harus nikmatkan?
Aku memang bosan.


Tuesday, May 3, 2011

Pekan Frinjan 20


7 Mei 2011
Dataran Kompleks Belia Seksyen 7 (sebelah tasik dan depan UNISEL)
5 petang - 12 malam
Pekan Frinjan 20 bertukar halaman ke Dataran Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor

Program-program

Lawak berdiri oleh Hishamuddin Rais aka Tukar Tiub dan pra-lancar buku terbaru TT bertajuk 'Tertangkapnya Sa-ekor Toyo: surat dari teoh beng hock

Lontaran kata seorang ayam dan pasca-lancar buku Fared Ayam, 'Pada Sebuah Ketentuan'

Muzik oleh


Beeha
Wani Ardy
Gloria
Sekumpulan Orang Gila
Round Robin
Catatan Ilustrasi
Jabatan Audio
Stick No Bill
Otam
Dum Dum Tak
Pitahati
Ha Ha Highs


Puisi oleh

Komunis Puitis
Aishah Baharuddin

Drum oleh

KL Street Drummers

bazar oleh Bijou Bazaar
juga mini bazar oleh Hello Bazaar
Pasar buku oleh Distro Buku


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

013 299 0192 : Farhan
010 512 6836 : Zulhabri
017 699 7684 : Naha


Facebook: http://www.facebook.com/frinjan
Twitter: frinjan
Blog: http://frinjan.blogspot.com/

Pekan Frinjan 20 ini dianjurkan oleh kumpulan Frinjan melalui Oxygen Media dengan sokongan dari GEN-S, Tourism Selangor dan turut dibantu oleh MBSA



Aku akan buka booth di event ini..mari datang!

Monday, May 2, 2011

Semata-mata

Bermuka-muka berlapis-lapis,
hanya propaganda diberi,
untuk mencipta revolusi ,
tapi dikisah manusia sinis,
watak dimainkan,
bukan tegak kebenaran,
hanya permainan,
untuk diwarwarkan,
politik engkau kotor,
kroni-kroni engkau kotor,
lidah bercabang kau busuk,
hentikan semua ini,
dan terima kasih dengan pementasan yang kau beri.