Hello There!

Friday, April 29, 2011

Lemau


Senyap dengan berdiri,
senyap dengan duduk,
senyap dengan berbaring,
senyap dengan berguling.

Aku resah tanpa sebab mengapa,
selubung diri,
dan mati.

Wednesday, April 27, 2011

Gila wang

Aku bermimpi

Sekumpulan kawan yang terdiri 5 orang telah pergi ke suatu pulau. Aku xpasti apa nama pulan tersebut kerana pulan tersebut amat angker sekali. Rimbunan pokok-pokok yang terjuntai kebawah, ketinggian semak samun yang menutupi setiap ceruk jalan di pulau itu.

Mereka ke pulau itu untuk menjalani siasatan terhadap sebuah penjara di situ. Semasa menuju ke penjara tersebut, orang yang membawa di situ telah memesan supaya berhati-hati di pulau itu dan terdapat penyakit gila di situ.

Apabila tiba dipenjara itu, penjara itu amat hodoah dan ia nya bangunan lama. Mereka memasuki penjara itu, terdapat ramai keparat-keparat yang menempatkan di situ telah menjadi gila. Siren berbunyi secara tiba-tiba dan telah memberi pengumuman yang terdapat 2 orang banduan gila yang terlepas dari kandang tempat tidurnya.

Mereka amat takut dan berhati-hati. Kesemua polis di situ mencari disetiap pelusuk penjara itu. 5 sahabat tersebut hanya menunggu di bilik tetamu. Tiba-tiba seorang yang berpakaian polis dan di lumuri darah di pakaiannya memasuki bilik tetamu tersebut. Mereka amat takut kerana orang itu adalah salah seorang banduan tersebut. Dia telah membunuhi seorang polis di situ.

Tetapi amat pelik sekali kerana mata mereka besar dan seperti bola pingpong, berwarna putih dan biji hitam yang kecil. Jika kepala mereka kekanan atau kekiri, mata mereka berpusing seperti longgar. Rambut mereka keras terpacak seperti diselaputi konkrit yang keras. Datang kawan banduan tersebut sama simptom yang dialaminya.

Mereka menjerit dan cuba untuk menyelamatkan diri tetapi 4 daripada sahabat itu telah terluka dan parah di cucuk oleh banduan tersebut. Seorang daripadanya telah selamat melarikan diri. Tetapi banduan tersebut dapat bau jejaknya. Ramai polis telah terkorban dibunuh oleh banduan itu. Sahabat yang selamat itu telah menyembunyikan diri di tempat penyimpanan wang penjara itu.

Banduan tersebut telah berbau wang. Mereka telah berkelakuan pelik dan kelihatan seperti agak pulih. Sahabat itu cuba membaling wang kepada 2 orang banduan tersebut. Mereka tampat pulih dan telah rebah pengsan di situ. Sahabat itu terfikir untuk mengubati banduan-banduan tersebut hanya memberi bau wang yang banyak.

Sahabat itu memeriksa latar belakang kesemua banduan keparat di situ, semuanya tertangkap kerana melakukan jenayah rasuah, merompak dan membunuh kerana wang.

Tuesday, April 26, 2011

Serj Tankian - Sky Is Over

 
'fighting your empires, defending your vampires'
About democracy or civilization it being a very good thing a pure existence but like the sky we fucked it up hence "the sky is over"

Monday, April 25, 2011

Kehadapan


Impian 1jam kehadapan, impian 24 jam kehadapan, impian esok kehadapan, impian akan datang lebih jauh.
Apa aku mahu lakukan? Apa akan terjadi? Jika engkau?
Itu persoalan dan buta.
Sebelum terpadam diri ingat apa akan terjadi,
apabila nyala diri bersyukur dan menghargai.

Saturday, April 23, 2011

Alam

Aku berdiri dibawah pohon.
Engkau hijau, sedap mata memandang.
Engkau bumbung, sedap diteduh dari panas.
Engkau tnggi, sedap untuk ku berdiri dibawah mu.
Engkau hidup, sedap untuk ku bernafas dan hidup.
Engkau penting bagiku bukan hanya kehijauan, tetapi engkau adalah nafas ku, kehidupan ku, emosi ku.
Aku bergantung pada kau.

Bukan hari bumi untuk kita menyayangi pokok-pokok atau kehijuan, tetapi keseluruhan dengan menjadi persekitaran, pemandangan dan kehidupan binatang di bumi. Setiap hari adalah bumi kita, setiap hari kita bergantung pada mereka. Fahami lah apakah itu bumi dan praktikkan.

Thursday, April 21, 2011

Fun & Fair Garage Sale

Mari lah datang beramai-ramai.
Anda semua boleh bershopping di sini.
Good Luck Redsya for your event ok!



Wednesday, April 20, 2011

Terberkemelihatan


Kemana saja kita dilihat tanpa sedar atau tidak sedar. Kita sendiri melihat. Adakah ia hanya ilusi atau realiti? Itu persoalan. 
Adakah itu bentuknya yang sebenar?
Adakah ia lawa seperti itu?
Adakah ia memang begitu?
Ada sebalik yang kita buta. Sebalik buta itu ada baik dan buruk. Kita semua masih buta. Dari lensa mata ke retina dan cahaya diteruskan ke saraf optik dan ia terus ke otak.
Buta realiti gelap gelita,celik hati cerah bercahaya.

Monday, April 18, 2011

Gugu Gigi GaGajah

Aku bermimpi

Dua ekor gajah berlari kehulu kehilir tanpa arah tuju. Pemburu telah bersembunyi sebalik di celah konkrit di hutan. Entah kenapa tiba-tiba ada konkrit dihutan. Dia menuju sasaran ke arah dua ekor gajah itu.

Bang!Bang!

Gajah itu bertempiaran lari kesana kesini. Peluru itu terkena pada kaki kedua-dua gajah.

Pemburu itu berasa kasihan melihat mereka dan pemburu itu pun memberi makan gula-gula hacks pada mereka. Dan melepaskan mereka. Mula pada hari itu gajah tersebut sentiasa membawa gajah itu berjalan-jalan bersama pemburu didalam hutan.

Wednesday, April 13, 2011

Kacak dan cantik



Kacak, cantik dan antara dua.

Ultraman, Mui dan Sang Raksasa.

Mui amat menyayangi mereka berdua. Tetapi dia menyayangi lebih dari sahabat seperti lagu my baby you. Bukan tamak tapi hati tersedak begitu. Mui tak boleh untuk berdiamkan bunyi hati dia, dia perlu luahkan. Hanya perlu pilih salah satu.

Trutt!Trutt! Jam berloceng lagu The Subway - with you.
"arghh..krem leher bangun ni"Mui berkata semasa bangunkan buntutnya dari katil sambil meliat.
Hari ini Mui akan terus terang.

Mereka bertemu. Dengan serentak Ultraman, Mui dan Sang Raksasa berkata "i love you both!"
Terkejut mereka bertiga. Hati Mui gembira kerana Mui boleh suka pada kacak ultraman dan kacak Sang Raksasa, Ultraman boleh suka pada cantik Mui dan cantik Sang Raksasa dan Sang Raksasa boleh suka pada cantik Mui dan kacak Ultraman. Sang Raksasa adalah antara dua, kacak dan cantik.

Tuesday, April 12, 2011

Selimut pagi

Pagi berlabuh subuh,
mata payah untuk dipejam,
untuk enak dimati bubuh,
bagi nyawa yang dipinjam.
Pusing kekiri,
kekanan berguling,
tubuh sendiri sunyi,
jiwa kacau diselubung.
Seseorang ditenung,
nasib hati mati,
air mata menitis ditanggung,
corak kata badan sendiri.
tikam jiwa halus,
lubang berbelah bagi,
hendak diusap dengan mulus,
seperti rasa sekeliling mati.

Sunday, April 10, 2011

Revolusi



Ada sebab aku senyap di sudut yang kasar.
Ada sebab aku senyap di sudut yang lembut.
Bukan aku sombong atau angkuh, tapi aku cuma menjalani revolusi. Seperti kecoh dari ungka ke manusia.
Setiap angka yang bergerak adalah revolusi pada diri.

Mencari kepelbagai corak yang ingin tempuh. Yang lepas menjadi teks untuk kita rujuk. Diguna untuk menjadi tin yang ada isinya. Bukannya tin yang kosong penuh dengan ulat dan habuk.
Kisah membelakangi kita, bukan kita membelakangi kisah.

Thursday, April 7, 2011

Halus

Fuhh!
angin dari kiri laju,
kedengaran dengkuran angin,
yang datangnya dari mesin menjana angin.

Melihat ke atas,
cicak mencari rezekinya.
Menonton television,
dengan iklan propaganda mereka,
kelihat garisan pixel mendepanan mereka.

Menoreh minda,
merasai dihati,
degupan tanpa henti,
berdarah yang mengalir dengan pantas.

Ciptaan yang diperoleh,
halus dicantas,
halus mereka,
dari segi kelahiran dari kita,
dari segi kelahiran dari Nya.

Wednesday, April 6, 2011

Melancholy

Secebis kertas yang dipenuhi dengan tulisan. Dirobek-robek. Memang terlalu sakit. Memang akan merasai seperti dicucuk-cucuk. Daripada ia dirobek-robek lebih baik dibakar begitu sahaja. Engkau berjalanlah sejauh mana. Ia tetap merasa. Tiada ubat untuk ditelan dengan seteguk air jarang. Tiada mekanikal yang boleh menenangkan air laut. Apa yang harus buat adalah sabar.

Tidak perlu untuk merosak diri.
Tidak perlu memberhentikan diri.

Benar berdiam jika jiwa menenang,salah bersuara jika jiwa membara.

Tuesday, April 5, 2011

Twin Towers @LIVE 2011

Dates: 8th & 9th April 2011 (Friday & Saturday)
Venue: KLCC Park, Kuala Lumpur, Malaysia
Line Up:
Day 1 (Friday) - The Azenders, Bunkface, Wonder Girls, Yuna, Hoobastank.
Day 2 (Saturday) - Joe Flizzow, Mizz Nina, Colby O’Donis, Earth Wind & Fire Experience featuring Al McKay
Time: 6pm onwards
ENTRANCE IS FREE

Common Chaos


This saturday, 2 pm
RM 25
at 1 Cafe.

Monday, April 4, 2011

KLIUC Architecture Club Idea logo


KLIUC ARCHITECTURE CLUB IDEA LOGO

Aku memilih bulat kerana ia seperti mewakili bumi kita sendiri. Ia adalah untuk dunia dan luas. Architecture adalah dunia, di mana-mana tempat adalah architecture. Tulisan yang menunjukkan architecture ini bukan hanya statik tetapi ia juga teknologi. Merah adalah perpaduan atau kumpulan.

Friday, April 1, 2011

Jangan pandang belakang

Dilihat dan ditegur..

"jangan pandang belakang!"
"ala boleh la"
"apa ala-ala.ala la la tok engkau la"
"please"
"yela-yela"

sap kiri, sap kanan

"muuaahh! kiss for u! april fool!"Hantu kiss.