Hello There!

Monday, February 28, 2011

Sibuk



Seperti empat tangan di gunakan,
seperti lapan kaki di selenggarakan,
bermata tujuh untuk dilihat,
bersepuluh mulut untuk dikata-kata,
beratus minda dijanakan.

Setiap saat menyendiri,
setiap saat meneliti,
setiap saat memantas.

Tuesday, February 22, 2011

Defelction


Deflection.
Bebannya diatas di tahan oleh obor-obor yang membebankannya.
mM dx/EI.
Mencari reaction pada mulanya sekali.
Dibahagian Yc dan diusuli dengan Ya.
Kita mengira di bahagian struktur pada a ke b dan b ke c.
Yang perlu diingati pada m besar dan m kecil untuk dijadikan sebagai persoalan. Dikamirkan pada bahadian beban a ke b dan di cerminkan atau di terbalikkan pada beban d ke c.
Satukan mereka semua pada yang satu. Bahagian yang kita dapat hanya diputar belitkan dan dipertebalikan.

Sunday, February 20, 2011

Sempat

Aku berjalan terlihat kanak-kanak meminta bapanya ais krim. Tetapi aku hanya endah dengan situasi dan terus melulu. Paradikma pada diri yang membuak-buak pada diri beta menjadi konsonan yang aku sebut tidak benar.

Jalan pelangi yang mengiringi di setiap jejak aku kedepan. Tupai gedang berlompat mencari tempat tinggal untuk kekasihnya yang ingin melahirkan anak mereka. Kekasihnya adalah seekor kucing yang berbulu tebal yang menutupi matanya. Mereka telah membuat mataku terbeliak sepanjang perjalanan.

Kaki aku putus kerana berjalan tanpa henti.
Tapak mula haus dan harus menukarkan kepada bunga dunlop. Kepala terjulur kehadapan meminta pertolongan untuk mengheret aku kehadapan. Tangan terkapai-kapai. Tolong!

Aku mula hilang liang-liang pernafasan. Tolong! Adakah aku sempat untuk kedestinasinya?



Friday, February 18, 2011

Plague Of Happiness - Kawan



Kawan.
Meja bersama skru untuk mengukuhkannya.
Tanpa skru roboh lah ia.

Tuesday, February 15, 2011

Menjatuhkan




Tungkus lumus mencari nasi dan disanjung tinggi. Tetapi dirobohkan oleh orang-orang yang keji dan kejam. Mencari dengan titik peluh yang amat berharga setiap titisannya. Dihina, dipadamkan tanpa disedari. Kosong pada diri setelah dijatuhkan. Hanya mampu tersujud dibumi dan bersabar dengan dugaan. Hanya mampu terima sesuap nasi tetapi hati sentiasa tabah menerima. Itulah rezeki yang ada.

Bila memenangi sebuah emas, ada yang menjadi syaitan. Dunia yang terang menjadi gelita. Apabila terpadamnya sebuah lilin, baru hendak menghidupkan lilin yang baru. Apa gunanya! Itulah permainan manusia yang tidak berotak! Seperti binatang kehilangan anak. Di dalam diri yang derita kesepian dan keseorangan, tiada yang memahami.

Usaha diperoleh ditingkatkan, kejayaan diimpikan disahutkan, kekalahan diterima ditabahkan.

Monday, February 14, 2011

Sekeliling

Membahang yang dikatakan panas,
menguapkan yang dikatakan sejuk.
Ia berubah sentiasa tanpa dipaksa atau dikata,
aliran yang dilalu pada masa.
Disingkap lalu mengerti jiwa,
itu pengaruh persekitaran kita,
silap atau benar pilihan diri jua.

Apa yang dicari,
untuk mengerti diri,
apa yang dirasa,
untuk membicara.

Mewarnai aku disebalik dinding,
menjatuhkan dicelah-celah hening.

Ya!
Itulah yang menjadi jalan cerita,
itulah yang menjadi perbualan sekeliling kita.
Yang pejam sentiasa pergi,
yang celik menjadi-jadi.

Suara anak kecil menangis,
ibuayah bermuka bengis,
bersuara berkata sinis,
lagi menangis,
durjana datang menepis-nepis.

Buka mata,
buka telinga,
mengguna minda,
fikir seluasnya.

Kaki biar dijalankan,tangan biar digerakkan, mata biar dicelikkan, minda biar luas dipandangkan.

Sunday, February 13, 2011

Gagak yang bijak


Binatang pun sendiri dapat memikir lebih bijak dari manusia. Kenapa manusia sekarang seperti binatang yang buas? Fikir gunakan otak bukan dengan buntut.

Wednesday, February 9, 2011

Hanya aku

Aku membisu,
sunyi tanpa kata-kata,
hanya hati berkata-kata.

Aku bersuara,
heboh sini sana,
adakah gila.

Pelakuan membodohkan,
gila dikatakan.
Pelakuan seperti tidur,
gertak digilakan.

Apa yang dilakukan,
itulah aku.
Apa yang dikatakan,
itulah kau.

Tuesday, February 8, 2011

Minda melayang



Letih mata membuka untuk menahan tidur. Tangan yang sentiasa bergerak. Minda berjalan tanpa henti hingga membisu. Melihat onak persekitaran seperti berterbangan diangkasa. Ia terapung. Diri ini melayang bebas tanpa disekat dan tanpa diganggu.

Keenakan kebunyian cengkerik yang mengalunkan lagu seperti Mono yang menyaringkan gitar. Diri ini mendengar dengan asyiknya.

Diri ini sungguh daif dengan segalanya. Ada binatang untuk ditunggang tanpa manusia, ada nasi tanpa lauknya, ada kertas tanpa pensilnya. Biarlah ia menjadi satu filem untuk dirujuk oleh diri ini.

Monday, February 7, 2011

Korupsi



Di aju sini,
di ajak sana,
mensyaitankan minda yang suci.

Muka bertopengkan parasit mencari ketidak keadilan. Disangka menolong tetapi membohong. Di cirit-cirit atas kepala, membontotkan muka. Disangka jernih tetapi keroh dihati.

Dicaci,dimarah,dihina engkau hanya bermuka dinding. Langit hitam berlapiskan kejahatan. Dihalau tetapi engkau menyanjungkan batu diatas kepala.

Sedarlah kau! Biarlah di gantung di tali, jangan engkau bergantung tanpa bertali.

Wednesday, February 2, 2011

Raksasa makan



Ultraman mempunyai kuasa yang kuat daripada Mui. Mui mempunyai kuasa yang kuat dari Raksasa. Raksasa mempunyai kuasa lemah dari Mui dan Ultraman.

Kuasa kuat Raksasa boleh memintas dari Ultraman dan Mui.
Mereka berlumba makan paling banyak. Diatas meja hanya ada makanan sate danging, sate tomato, dan sate bayam.

Salah seorang kena pilih salah satu daripada nya.
Di dalam diri ultraman hanya memikir sate bayam kerana kekuatan diri.
Di dalam diri Mui hanya memikir sate tomato kerana kecantikan muka.
Raksasa hanya memikirkan mahu makan kesemua sate dan memakan Mui dan Ultraman kerana semua kekuatan,kecantikan akan dia dapat.
Itulah kekuatan raksasa yang kuat makan dan tamak.