Hello There!

Friday, December 31, 2010

Katy Perry - Firework for 2010 to 2011


boom!boom!
Happy New Year 2011 pada sahabat semua yang kenali dan tidak kenali,seluruh penduduk bumi tanpa mengira bangsa,agama dan warna kulit, keluarga aku yang jauh sangat dan dekat.
Kecapi hidup yang sempurna dan aman.
Tetapkan matlamat hidup pada diri sendiri.

Thursday, December 30, 2010

2011

Detik perubahan angka tahunan dunia,
ia nya bukan perubahan bumi ke planet lain.
Ada setiap perubahan ditanam pada jiwa manusia yang mengenal erti badan sendiri dan dunia,
ada juga yang sama seperti yang terdahulu.

Azam yang lepas tidak kecapi dibawa ke angka tahunan baru dunia untuk diteruskan.
adakah kita berubah secara mendadak?atau perlahan?
tanya diri sendiri.
Berduyun-duyun manusia melalak kerana angka.
Tetapi perubahan yang dibawa hanya sampah.
Sampah yang menimbun-nimbun ditanam di hati.

Apakah niat seterusnya?
Adakah membawa perubahan?
Niat dihati,lakukakan hingga berjaya.

Gaul

video

pusing-pusing
gaul-gaul
bermain cahaya.


Wednesday, December 29, 2010

Pernikahan wanie


Tahniah Wanie.
Semoga berbahagia dan sentiasa bertanggungjawab sebagai isteri.

Monday, December 27, 2010

Kaki menjelajah


Dia bergerak kehadapan tanpa henti,
engkau menggunakannya sebagai pengangkutan.
Jelajah tanpa hirau kan dimana tapaknya.
Sejauh perjalanan yang kita bawa,
ia semua bermulanya dengan setapak kehadapan.
Tidak tahu berapa lama kita boleh gunakan nya.
Ia mencapai perjalanan hidup yang penuh berliku,
di kawasan lembut dan keras kau redah.
Kau sebagai sokongan aku untuk aku menjelajah.
Berikan kekuatannya untuk dia bergerak.
Letih berhenti.
Senang berjalan.


Saturday, December 25, 2010

Friday, December 24, 2010

Dum Dum Girls - Jail La La


la..la..la.. saraf tunjang di kepala menghanggukan kepala dengan daya hentakan dum!dum!

Thursday, December 23, 2010

Sang raksasa

Seekor raksasa datang untuk menjenguk ultraman. Hello!!
Ultraman tiada dirumah. Ultraman telah pergi bercuti ke planet bernama xeuswah.
Raksasa pun pulang kerumah dengan hampa kerana ultraman tiada dirumah.
Raksasa itu pun terus ke bandar berjalan-jalan. Dia terserempak dengan seorang gadis bernama Mui. Dia memakan mui sehingga kenyang. Raksasa itu berkata "Mui sekarang berada didalam hati aku,di dalam diri aku dan tiada siapa yang boleh mengambil nya dari aku! Aku sayang Mui!". Sekarang raksasa itu hidup dengan bahagia kerana merasa die sentiasa bersama Mui.

Wednesday, December 22, 2010

Menutup Aurat Kekayaan

Aku berjalan menuju ke peti besi yang bergerak untuk menjelajah.
Terlihat jelingan mata manusia yang sangat berapi terhadap aku.
Apa yang tidak puas hati?
Dengan membawa kaki emas yang aku tidak mampu membelinya.
Engkau hanya tahu untuk menunjuk dan mendedahkan kakayaan engkau.
Bagai kura-kura yang berlumba dengan arnab tetapi kura-kura yang menang.
Aku sedar.
Aku hanya ada besi tidak emas.
Apa yang kau minta mudah diberi.
Tapi menunjuk-nunjuk.!
Tutup lah keemasan engkau dari aku dan orang lain.

Tuesday, December 21, 2010

3D Kite Design Workshop

Architecture KLIUC Workshop. Kami membuat layang-layang yang agak boleh terbang untuk diterbangkan. Penjari jemari yang membinanya Apy(aku), Afiq dan Adam. Di atas presentation board kami.

Ditarik-tarik,
dilayang-layang,
dipaksa untuk terbang tinggi kelangit dipermukaan udara.
Bebas diudara tetapi dianjing dengan manusia,
Terbang!terbang!terbang!

Sunday, December 19, 2010

Break of mind


Hanya kosong di fikiran ini.
seperti kereta tanpa minyak untuk memecut. Otak aku hanya memikirkan apa yang aku perlu buat selepas ini.
Letih,
lesu,
ia membelenggu seluruh urat saraf di dalam badan aku.
Hati yang tiada ketenangan untuk melakukan apa-apa.
Seluruh persekitaran aku bergerak dengan pantas tanpa melihat waktu.
Aku hanya di sini tanpa memikirkan apa yang berlaku diluar.
Aku ingin ketenangan.
Ketaksuban manusia disekeliling telah membuat aku kosong di dunia.
Aku ingin melihat bumi ini dengan sepenuhnya,
pergi menjelajah dengan melihat yang bumi ini penuh dengan kehidupan yang berbentuk sfera.

Friday, December 17, 2010

Keane - Try Again


Kipas berputar,
cuaca bersuhu ais,
badan menghempaskan di dataran empuk.
Malas untuk bergerak,
mahu menenangkan fikiran yang banyak di gunakan.
sungguh tenang dan selesa,
tidur.

Thursday, December 16, 2010

Rock The World 10

rock!rock!rock!
world!world!world!
26th december ini di Bukit Jalil!
Datang lah.!

Wednesday, December 15, 2010

Dimakan Zaman

aku sudah usang,tua,lama. Aku hanya bertemankan konkrit-konkrit yang sedang berparti liar meningkat naik untuk kemajuan.
Aku ditinggalkan begitu sahaja tanpa di hiraukan oleh sesiapa.
Banyak memori dan cerita di dalam diri aku.
Tetapi engkau membiarkan aku sakit dan tenat begitu sahaja bak di usung zaman.
Demi kemenangan dan kemajuan kau menjadi lebih tinggi dan teguh dari aku. Aku kerdil, kecil dan lemah!
Biarlah sahaja seseorang yang memahami aku dan menghayati aku untuk aku bermanja.
Biarlah aku buruk dan huduh seperti raksasa berbulu.
Biarlah aku busuk seperti ketiak yang tidak menggunakan pewangi.
Hanya seseorang yang mengasihi aku dan menganggapkan aku seperti konkrit-konkrit liar yang lain.

Bangunan heritage yang ditinggalkan harus dibetulkan, disimpan, dijaga. Ia nya sebagai identiti sesebuah agama, peradapan negara, budaya dan cara hidup kita. Ia adalah sejarah, seni, jiwa untuk menunjukkan apa yang berlaku pada masa lalu dan akan datang. Sebagai contoh bangunan PAM(Pertubuhan arkitek Malaysia),dan banyak lagi. Ia nya unik apabila kita melihat dan menghayati sesebuah bangunan yang usang itu. Ia seperti hendak menceritakan sesuatu yang berlaku didalam nya dan luar sekeliling. Ia bukan hanya untuk disimpan dan dijaga saja, kita gunakan sebaik-baiknya seperti menjadikan sebagai art galery, dan pelbagai yang berkait.

Monday, December 13, 2010

Aku vs tidur

Dua, tiga, satu.
mamai di minda,kabur di mata.
aku sungguh letih dan penat. Tidur?
Itu tidak mungkin untuk aku tidur.
Aku sudah biasa dengan kehidupan celik mata sepanjang hari.
Aku sudah biasa dengan keletihan yang aku alami.
dengan habis nya semua propaganda ini aku akan aku memanjakan badan aku di tilam yang lembut,
dan tidur tanpa gangguan dan tenang.
Design,design,design,design.
Autocad,autocad,autocad,autocad.
Sketchup,sketchup,sketchup,sketchup.
3d max,3d max,3d max,3d max.
Photoshop,photoshop,photoshop,photoshop.
Manual,manual,manual,manual.
Mengadap tanpa jemu,
perasaan sentiasa berdebu.

Saturday, December 11, 2010

Cetusan





hanya idea tercetus di buah fikiran,
tetapi perlu di robek lebih dalam.
seperti didalam tanah,
seperti berbukit,
tetapi bangunan.


Friday, December 10, 2010

Priscilla Ahn - Dream



enak dibuai mimpi,
melayang-layang ke langit,
ia hanya ilusi,
selamat tidur cerita manis dan pahit

Thursday, December 9, 2010

Tekanan

dikiri senget,
dikanan menyongsang,
memberontak untuk kebebasan,
ditindas untuk kejayaan.
semakin hari ditekan,

tiada puak untuk dibezakan,
walaupun dihitam dan diputihkan,
apa nak dikatakan,
waktu semakin pantas kehadapan.
tekanan juga diberikan.

Wednesday, December 8, 2010

Diharap lain,dapat nya lain

Air dari langit mencurah-curah,
dengan lembut dia menuruni,
pagi yang tenang selubungi hati,

mencari ilmu,
di hutan konkrit,
hati mula pedih.

Pertunjukan boneka yang hampa,
tidak boleh diterima,
sedikit tulisan,kata-kata membanjiri di lohong muka,
tidak kupandang.

tidak boleh terima,
dengan buah fikiran yang diberi,
dilontar,
seperti kertas dikoyak-koyak dan dilanyak-lanyak.

Kau tidak memahami aku,
dipinta merayu-rayu,
apa boleh dibantu,
patut ditanya dahulu.

Kini buah fikiran dibeza,
apa jua diberi benda,
aku tidak suka lakukan yang kau ada,
lebih kau pergi sahaja.

Tuesday, December 7, 2010

The life of an Architecture Student

i just want to share my life being a architecture student. If you want to be a architecture student, you've be probably experienced:

- the taste of glue
- change the vocabulary ( homework to project)
- you don't understand how somebody can spend less than rm20 at supplies store or printing
- you hate people telling you 'go to sleep' or ' you still have a lot of work?'
- your friends and you don't have the same concept of work ' oh well do it right before class'
- you've slept more than 24 straight hours on weekend or after project done
- you can easily discuss with authority the effects of caffeine on different drinks.
- no matter the effort you put in a project, somebody will always say " why don't you add this??" or "why don't you change this here??" or " i think that.. but..its ok"
- you've heard all your music inside the pc or else in a week
- you aren't not seen in public without bags under your eyes
- whenever you get invited somewhere, it is followed by "or do you have a lot of work??"
- you'll dance ymca with a choreography without a drop of alcohol in your system.
- you down a quick message with rapidographs lead holders, marker end inks
- you constantly make up excuses for courses that are not design related why you didn't your work
- you have more pictures of landscape and places than of people
- your worst nightmare consists of not finishing a project
- someone once called your "lazy" and you wanted them murdered
- you can live without human contact, sunlight, food, but if your plotters ink runs out..chaos!!
- you design spectacular things without the idea of the cost
- you have the modern mark; a blister in your palms hand for the constant use of your mouse
- everybody tells you how the admire your work, "but theres no money for it"
- you've gained the ability to sleep in whatever surface
- when you finally have free time to go out, you always keep thinking " who was the idiot that designed the restaurant bathroom?" or "who designed this?"
- you've at many sunrises, yet you've never seen one

Saturday, December 4, 2010

Color

Dari putih yang bersih,
tanpa kesan warna,
di ceriakan dengan warna-warna hidup,
Menjadikan seseorang merasai perasaan yang mendalam.
Membezakan rasa yang diingini.
Mengubah perasaan lorong-lorong hati.
Dijadikan marah,ceria,sedih,tenang,serabut,kacau bilau,gembira,kecewa yang terpahat pada perasaan seseorang.

Friday, December 3, 2010

The Killers - bones



Malam yang panas dan bahang,
peluh menitis walaupun diselubungi dengan suhu yang sejuk,
Kulit aku yang dapat merasai bahang sehingga ke tulang.
ia terjadi dengan semula jadi,
tanpa aku berdalih rasa.
Hanya itu yang aku dapat merasai malam ini.

Thursday, December 2, 2010

Between


Kembali,
samar-samar,
lupa,
sebahagian yang ada di ingatkan kembali,
selebihnya susah untuk diluahkan.
benda lama dipelajari,
mengisi kembali kedalam otak,
perasaan tahu tidak tahu,
diantara ais dan api.


Subject pada semester ini untuk aku memerahkan otak aku:
-Architecture design studio IIb
-Building structures II
-co-curiculum II
-Environmental science II
-Landscape architecture
-History of architecture II



Wednesday, December 1, 2010

Hungry

kruk krak!
kruk krak!
kedengaran bunyi-bunyian yang kurang menenangkan,
digosok-gosok dan dibelai-belai
fikiran yang resah
hati berdolak dalih
apa yang dilakukan tidak menjadi
terasa lemah di dalam diri,
aku berasa,
lapar!