Tuesday, November 30, 2010

Thinking of idea


Sedang menjalankan otak-otak ku yang kosong dan berhabuk untuk memikirkan design.
Didalam tiga rasa menjadi satu.
Dan mempunyai rintangan yang dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Menggabungkan kesemuanya untuk menjadi konsep yang kuat.
"Symbiotic fusion"

Archimagination + Archithingking



Monday, November 29, 2010

Saturday, November 27, 2010

Madcon Beggin'



Hari ini aku baru saja balik dari penang kerana membuat site analysis untuk design competition architecture dan assignment Design studio.
letih.

Wednesday, November 24, 2010

I'm on the nerd party!

Party!party!
nerd ke aku?
tak tahu aku
Happy-happy yer sekalian kawan-kawan.
Smile always!

Tuesday, November 23, 2010

My girl

Hati ada kau,
Fikiran aku melayang,
sehingga aku terbang tinggi ke angkasa.

Bintang yang berkelipan mengindahkan malam yang tenang.
Segala kata-kata yang dimuntahkan dari mulut adalah untuk kau.
Aku akan sentiasa mendampingi kau.
Tiada bunga yang boleh mendekati hati aku selain kau,
perasaan yang mendalami terhadap kau amat dalam.
Kemampuan yang aku beri ikhlas dan jujur.

Kesilapan yang diberi tidak aku mencurah ke hati,
Sedih dihati kau,
merasai dijiwa aku.
Aku silap, aku tidak sempurna.

Susah yang dialami,
senang yang dinikmati akan aku beri.
Ujian yang diberi,
sama-sama kita alami.
Maaf,
silap aku,
kekurangan aku,
ketidak sempurnaan aku.
Kemampuan manusia terbatas diberi.
Halangan yang kita harungi,
kita tempuh.

Hanya kau.
Aku dan kau.
Perasaan diadun dengan sayang.


Monday, November 22, 2010

Day 1, Day 2, Day 3 after that project 1, 2, 3




Hari pertama semester yang baru, project telah diberi dan memerah idea untuk competition eco retreat PAM. Belum lagi register.
Khamis untuk bertolak ke penang, untuk menganalisis sambil bercuti di site. (for site analysis)
Sabtu akan pulang.
Project pertama untuk disiapkan adalah 3-D Kite ( 3D layang - layang). Layang-layang itu akan dilayang dilangit secara bebas. Idea sudah dilauhkan di kertas.
Project kedua untuk menyiapkan segala site analysis, design eco retreat house, dan submit pada PAM(Pertubuhan Arkitek Malaysia)
Project ketiga, berkait dengan project kedua, tetapi kriteria harus ada chalet, facilities dan hall untuk dimuatkan orang ramai.
Selamat berjaya pada aku,selamat berjaga malam tanpa tidur, selamat menggerakkan otak yang sudah lama bercuti,selamat menghadapi kemungkinan kerosakan,kehilangan, ketidakan ke'save'kan pada teknologi yang anda gunakan dan akhir sekali selamat mencurahkan duit yang banyak.
sekian.

Sunday, November 21, 2010

Calm

Disatu kan,
dipecah belahkan,
ia akan kukuh apabila disatukan.

Ditikam dengan sakit,
Mencari kepuasan untuk diri sendiri,
Rebah dibelenggu atom yang hitam dijiwa.
Apa yang bermain diminda adalah ilusi.
Jangan ikut.

Meraba-raba,
menggenggam angin.
Mencari hak milik ketenangan yang bebas,
yang indah, yang bahagia

Hanya yang bernyawa diberi akal.
Berfikir dengan teratur dan bersih,
Biarlah seni ketenangan tampak dihati,
Keindahan melihat dimata,
Alunan kesenian ditelinga,
Berlagu suara dimulut.


Friday, November 19, 2010

Sensory overload

Aku ambil muka member aku sebab dia tiada perasaan.
Dia tidak akan angguk atau geleng.
Yes or No pun dia tidak sebut.
Dia hanya fikir apa yang dia fikir.

Thursday, November 18, 2010

Wednesday, November 17, 2010

Remember

Syukur.
Selamat dikorban kan aku
Tetapi masih diluar sana yang susah.
Kita di sini gembira dengan rezeki yang ada, daging-daging yang diratah, makanan yang lazat, suasana yang aman dan tenang.
Ada manusia yang sedih, susah diluar sana.
Saudara seagama yang pedih dan parah ditindas, dibunuh, dicaci, dimaki.
Ada kita fikir?
Bagai sarang yang selesa tetapi di huni oleh ular yang berbisa
Mereka berkorban untuk menghalau jajahan tanah mereka dari penjajah yang bangsat.
Menahan lapar, kemiskinan yang dihadapi, hilang tempat tinggal.
Kawasan di ratakan, dihancurkan dengan senjata-senjata yang berhati busuk dan bernajis
Berdoa pada yang Esa.
Ingati mereka.


Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha

Salam Aidiladha kepada rakan-rakan dan keluarga dan yang mengenali aku,tidak lupa juga pada manusia yang tidak mengenali aku.
Harap kita sama-sama ingat peristiwa-peristiwa yang terjadi, pengorbanan yang dilakukan, ibadah yang dilakukan. Bukan hanya ucapan yang diserta dan disuarakan. Tetapi laungkanlah takbir dan mengenal erti pengorbanan dan aidiladha itu sendiri.

Salam

Monday, November 15, 2010

Sunday, November 14, 2010

Work


'kais pagi makan pagi,kais petang makan petang'
Mengajar mematang kan diri,pengalaman yang tidak pernah kita alami antara susah dan senang.
Membentukkan diri untuk berdisplin dan menggunakan masa dengan baik untuk hidup.
Ia bukan untuk susahkan kita tetapi itu erti hidup.
Biar sedikit seperti secubit nasi, tetapi ia halal untuk dimakan.
Bukan dengan cara segumpal emas yang jatuh dari langit kita menanamnya.
Mulakan dengan sebiji benih yang kecil dan menjadi suatu pohon yang lebat dengan buahnya.
Kita dapat merasa bagaimana mula nya untuk hidupkannya,membesarkannya sehingga menjadi matang dan berbuah.
Pengalaman susah adalah pengajaran, peringatan, kematangan.



Saturday, November 13, 2010

Word

Kau hanya tahu bercakap,tanpa difikir apa yang dicakap.
Engkau pandai berkata-kata.
Manis kata-kata, busuk mulut kau dengan kata-kata kau.
Orang tidak akan menerima sepatah.
Lagak pandai kau,
cara kau.
Semuanya sampah semata-mata.
Engkau selalu dicaci dan dihina,tetapi bila kau berkata-kata seperti engkau melebihkan hinaan itu pada diri sendiri.
Adakah engkau tidak sedar pada diri kau?
Sedarlah wahai kau.
Jangan selalu hendak bercakap seperti tin yang kosong.
Kau fikir lah keadaan diri kau itu
Kau seperti monyet yang memakan cili, mengunyah muka slamber tetapi sebalik nya pedas dalam diri.


Thursday, November 11, 2010

Final presentation day


gengster class


final presentation untuk class design 2a KLIUC architecture.


Tuesday, November 9, 2010

Lebih sesaat


Litar pintas
sesaat kau datang
ia membawa padah
laju kau menyengat
tanpa diduga
engkau mengalir seperti air yang deras
tetapi lebih deras engkau datang
lebih sesaat kau menjadi kaku dan keras



Monday, November 8, 2010

Hikayat kancil dan buaya



tahu kah anda,bagaimana cerita sang kancil menipu buaya?
ingat lagi ke tidak kartun cerita ini masa kecil-kecil dulu?
jom kita tonton

Sunday, November 7, 2010

Tall


ketinggian tidak menentukan tahap memikiran seseorang
tidak menentukan hati yang hitam atau putih
ia juga tidak menentukan antara jantina
ia tidak menentukan warna kulit seseorang
tidak menentukan agama yang dinganuti
tidak menentukan bangsa


Friday, November 5, 2010

Laugh


gelak lah sampai puas
tak tahan?
gelak lah
sampai bila-bila gelak
gelak sampai puas
menggeletek perut
gelak!
sampai pecah kepala
gelak!

Wednesday, November 3, 2010

Deliciouse


aku design poster ini untuk salah satu group bisness program.
Sedap juga makanan ini.
Actually mereka ada macam hari usahawan so mereka kena menjual makanan,barang-barang.
So mereka upah untuk membuat poster
Ini poster hendak cepat siap..haha..

Tuesday, November 2, 2010

Sleep as an architecture




tidur tidak ingat orang sekeliling
buat kerja tertidur
tapi memang ramai tidur macam gaya ini dalam studio
tidak kira tempat..
bangun terus mengadap drawing balik
pergi makan
tertidur macam ini lagi


Monday, November 1, 2010

Mistake

kesilapan demi kesilapan aku lakukan
tanpa diduga dan tanpa disedari oleh aku
aku bukan melakukannya dengan sengaja
ianya silap
hati yang tidak tenang
sakit dan pedih mengenangkannya
aku cuba untuk mengelak dari kesilapan
tetapi melakukan lagi
aku bukan sengaja
aku hanya memarahi diri sendiri
meminta maaf segala aku lakukan
kesilapan ini telah membuat
engkau hampa dan disakiti
aku faham perasaan yang dirasai
maaf